Judul: Hukum amar Ma’ruf & Nahi Mungkar Bagi Wanita | Judul Asal (‘Arab): Mas’uliyatun Nisaa’ fii Al-Amr bil Ma’ruf wa An-Nahi ‘anil Munkar fii Dhau’i An-Nushusi wa sairush Shalihaat | Penulis: Dr. Fadhl Ilahi | Tahqiq/Takhrij: - | Penerbit: Pustaka Ar-Rayyan | Penterjemah: M. Fuad | Berat: 195gram | Muka Surat: 172m/s. (Soft cover) | Ukuran: 23(Tinggi)x15.1(Lebar)x0.8(Tebal)cm |
Buku ini membahaskan peranan wanita dalam urusan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Sebahagian pihak ada yang menganggap bahawa kaum wanita tidak terbeban padanya urusan amar ma’ruf nahi mungkar, manakala sebahagian lagi ada yang menganggap wanita turut menggalas tanggungjawab amar ma’ruf nahi mungkar sebagaimana juga kaum lelaki.
Namun hakikatnya bagaimana? Maka di dalam risalah atau buku ini, penulis (yakni Dr. Fadhl Ilahi) pun membentangkan permalasahannya secara ilmiyah berpandukan dalil-dalil Al-Qur’an, hadis-hadis Nabi, dan atsar-atsar para salaf.
Di antara yang dirincikan oleh penulis adalah:
>> Sejauh manakah wanita dibebani dengan tanggungjawab amar ma’urf dan nahi mungkar?
>> Contoh-contoh amar ma’ruf dan nahi mungkar dari kalangan salaf wanita, khasnya para shahabiyat.
>> Peranan wanita dalam urusan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
>> Kaum wanita beramar ma’ruf dan nahi mungkar terhadap ulama, ahli ilmu, penuntut ilmu, dan penguasa.
>> Posisi kaum wanita bersesuaian fitrahnya.
>> Wanita dan jawatan kepimpinan.
Semoga bermanfaat.