Judul: Beginilah Cara Mengamalkan Al-Quran | Judul Asal (‘Arab): Mafatih Tadabbur al-Qur’an wan-Najah fil Hayah | Penulis: Dr. Khalid bin ‘Abdulkarim Al-Lahim | Tahqiq/Takhrij: - | Penerbit: Pustaka At-Tazkia | Penterjemah: Abu Yazid Sufyan | Berat: 161gram | Muka Surat: 171m/s. (Soft cover) | Ukuran: 17.5(Tinggi)x12.6(Lebar)x0.9(Tebal)cm |
Al-Qur’an adalah samudera ilmu yang tidak pernah habis. Padanya terhampar mutiara ilmu dan hikmah yang tak pernah habis dituai. Sebuah kenikmatan yang sangat besar bagi setiap Muslim. Ironinya, tidak semua kita menyedari hakikat ini.
Mari kita luangkan waktu sejenak untuk merenung, berapa banyak waktu yang kita sediakan untuk Al-Qur’an? Sejauh mana kita mampu memetik pelajaran dari Al-Qur’an? Apa yang telah kita tuai darinya? Berapa banyak keperibadian kita yang dibentuk oleh Al-Qur’an?
Umat Islam dari kalangan Salafus Soleh biasa mengulang-ulang satu ayat sambil menangis kerana membayangkan makna yang terkandung di dalam ayat tersebut. Setiap kita pun pasti boleh melakukannya, jika ada kemahuan yang kuat dan kesungguhan yang tinggi.
Buku ini mengemukakan sepuluh cara yang sederhana dan mudah bagi tujuan mentadabburi, merenung dan menghayati Al-Qur’an. Penjelasannya cukup tuntas, kuat, padat, dan tidak berjela-jela. Yang diperlukan dari kita hanyalah mempraktikkannya dan tidak menunda-nunda. Berusahalah dan jangan berlengah lagi.