Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Bermodalkan Ilmu Sebelum Berdagang

Bermodalkan Ilmu Sebelum Berdagang
Terbitan: Pustaka Muslim
Product Code: Pustaka Muslim (3(2))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.9 x 14.2 x 1

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM16.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Bermodalkan Ilmu Sebelum Berdagang | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: - | Penerbit: Pustaka Muslim | Penterjemah: - | Berat: 226gram | Muka Surat: 197 m/s. (Soft cover)


Setiap orang menganggap mudah menjadi pedagang atau peniaga. Yang diperlukan di awal-awal perlaksanaannya adalah memiliki modal, memahami produk yang sesuai, dan memahami kaedah pemasarannya.

Namun selaku seorang muslim yang taat pada Allah dan Rasul-Nya, ada satu bekal yang jauh lebih penting yang wajib difahami sebelum pergi kepada bekal-bekal tadi, iaitu memahami hukum-hakm syari’at yang berkaitan dengan perdagangan.

Cumanya di akhir-akhir zaman sebagaimana saat ini, tampak sekali seperti orang-orang sudah tidak peduli lagi dengan syari’at, tidak peduli lagi manakah yang halal dan yang haram, manakah yang riba dan manakah yang jual-beli.

Lihatlah pada hari ini, bermunculan pelbagai bentuk transaksi jual beli, pelaburan, insurans, dan seumpamanya. Namun sejauh manakah ianya bersesuaian dengan ketentuan syara’? Sudah benarkah syarat-syarat jual belinya? Sudah tepatkah aqad yang terlaksana? Sudah sahihkah pengurusan harta yang dilakukan? Sudah halalkah barang-barang yang hendak diperniagakan?

Dasarnya menurut mereka, segala kaedah atau cara apa pun yang ditempuh, yang penting boleh menghasilkan wang atau keuntungan. Sehingga benar sekali sabda Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ، لاَ يُبَالِي المَرْءُ بِمَا أَخَذَ المَالَ، أَمِنْ حَلاَلٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ

“Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana seseorang tidak peduli terhadap harta yang dia perolehi itu adakah dari yang halal ataupun dari yang haram.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2083)

Lalu tidak hairan saat ini, perniagaan insurans begitu berleluasa, jual-beli “takaful” menjadi buruan, patung dan gambar pun diniagakan, emas dan perak diniagakan secara hutang, riba menjadi sebahagian dari cara mengaut untung, banyaknya penipuan, dan sebagainya.

Atas sebab itulah, pentingnya berilmu sebelum berdagang atau berniaga. Agar tidak terjerumus ke lembah yang diharamkan Allah. Agar hasil yang diperolehi dilimpahi dengan barakah dan pahala, tidak hanya mengaut untung yang banyak, namun dalam masa sama dosa dan maksiat pun turut dikaut.

Oleh kerana itu, di sana ada firman Allah ‘Azza wa Jalla:

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

“Katakanlah, “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” (Surah Az-Zumar, 39: 9)

Kata ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu:

لاَ يَتَّجِرْ فِي سُوقِنَا إلاَّ مَنْ فَقِهَ وإلاَّ أَكْلَ الرِّبَا

“Janganlah berniaga di pasar kami melainkan siapa yang faqih (berilmu tentang hukum-hakam perniagaan), jika tidak, pasti dia akan terjebak ke dalam riba.” (Ibnu ‘Abdil Barr, 2/247. Asy-Syarbini, Mughni Al-Muhtaj, 6/310)

Maka, hendaklah kita berilmu. Dapatkanlah buku ini sebagai bekal asas panduan dan bimbingan sebelum memulakan langkah ke alam perniagaan.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net