Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mukhtashar Minhajul Qashidin Tahqiq Abdul Qadir Al-Arnauth

Mukhtashar Minhajul Qashidin Tahqiq Abdul Qadir Al-Arnauth
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25.1 x 17.1 x 4.7

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM75.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mukhtashar Minhajul Qashidin Tahqiq Abdul Qadir Al-Arnauth | Judul Asal (‘Arab): Mukhtashar Minhaj Al-Qashidin | Penulis: Ibnu Qudamah Al-Maqdisi rahimahullah (Wafat: 620H) | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: ‘Abdul Qadir Al-Arnauth | Penerbit: Darus Sunnah Press | Penterjemah: Muhtadi, Lc., M.Si., Agus Dwiyanto Nugroho, Lc. | Berat: 1218gram | Muka Surat: 732 m/s. (hard cover)


Ini adalah kitab  Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin (Ringkasan Minhajul Qasidin) karya Imam Abu Al-‘Abbas Najmuddin Ahmad bin ‘Abdurrahman bin Muhammad bin Qudamah Al-Maqdisi Ash-Shalihi Al-Hanbali Rahimahullah. Beliau meringkasnya dari kitab Minhaj Al-Qashidin karya Al-Imam Abu Al-Faraj Jamaluddin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin Muhammad Al-Jauzi Al-Hanbali Al-Baghdadi yang wafat pada tahun 597H, Rahimahullah. Ibnu Al-Jauzi pula menyusun Minhaj Al-Qashidin sebagai ringkasan dari kitab Ihya’ Ulum Ad-Din karya Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali Ath-Thusi Asy-Syafi’i yang wafat pada tahun 505H rahimahullah (atau dikenal dengan Al-Imam Al-Ghazali).

Dengan demikian, kitab yang kami sajikan bagi semua kalangan ini merupakan ringkasan dari ringkasan, dan ini termasuk kitab yang paling signifikan dan paling berharga, serta paling banyak faedahnya bagi umat Islam secara umum. Dalam penyusunannya, penulis mengutamakan pendapat yang paling sahih dan paling dikenal sebagai landasannya. Ini merupakan kitab yang diperlukan oleh kaum muslimin dalam kehidupannya secara umum mahupun khusus. Di dalamnya penulis meringkas seluruh hal yang berkaitan dengan akhlak yang diperintahkan oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an, serta ditekankan oleh Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dalam buku aslinya pun (sebelum diringkas), penulis tidak memuatkan kaedah-kaedah yang berkaitan dengan aqidah, kerana yang dimaksudkan secara mendasar dari kitab ini adalah berkaitan dengan adab dan akhlak yang seharusnya menjadi karektor seorang muslim.

Adapun aqidah-aqidah yang mesti diimani dan diyakini oleh kaum muslimin, maka rujukannya adalah langsung pada kitab-kitab aqidah, beserta dalil-dalilnya dari Al-Qur’an dan As-Sunnah, serta penjelasan tauhid yang murni dengan hujjah-hujjahnya yang diserukan oleh para rasul, dan hal ini termuat dalam pelbagai kitab, seperti kitab Syarh Al-‘Aqidah Ath-Thahawiyyah, Al-Ibanah fi Ushul Ad-Diyanah karya Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari, Lum’ah Al-I’tiqad Al-Hadi ila Sabil Ar-Rasyad karya Al-Imam Muwaffaquddin bin Qudamah Al-Maqdisi, Fath Al-Majid Syarh Kitab At-Tauhid karya Syaikh ‘Abdurrahman bin Hasan bin ‘Abdul Wahhab An-Najdi Al-Hanbali, dan kitab-kitab lainnya yang menjelaskan aqidah yang benar dan jalan yang lurus yang titiannya mesti ditempuh oleh muslim, dan tuntutannya mesti diikutinya, iaitu aqidah generasi salaf Ash-Shalih yang mereka dapatkan dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.

Lebih dari itu, ringkasan ini juga bukan dimaksudkan untuk menjelaskan hukum-hukum fiqih yang berkaitan dengan ibadah, kerana ini semua telah masyhur lagi dikenal dalam kitab-kitab fiqih yang banyak ditemui di pelbagai kalangan. Akan tetapi yang dimaksudkan dari ringkasan ini adalah penjelasan tentang akhlak yang mesti dipelajari, diketahui, dan diterapkan oleh penuntut ilmu agar menjadi tuntunan baginya dalam kehidupannya serta dalam setiap urusan hidupnya.

Pada dasarkan penulis (Ibn Qudamah) mengikuti penulis kitab aslinya (yakni Ibn Al-Jauzi) terkait klasifikasinya dalam empat bahagian.

Bahagian pertama: satu per empat perkara berkaitan ibadah. Pada bahagian pertama ini penulis memulai dengan penyebutan ilmu dan keutamaannya serta hal-hal yang berkaitan dengannya, keutamaan solat malam dan sebab-sebab yang memudahkannya, penjelasan tentang malam-malam dan hari-hari yang utama, dan tugas-tugas muslim di dalamnya.

Bahagian kedua: satu per empat berkaitan kebiasaan dan hal-hal yang berkaitan dengannya seperti makanan, minuman, nikah, adab-adab mencari nafkah dan penghidupan, serta adab-adab persahabatan dan pergaulan dengan sesama muslim.

Bahagian ketiga: satu per empat hal-hal yang membinasakan dan apa saja yang berkaitan dengannya seperti penyakit hati, bahaya lisan, sifat-sifat tercela seperti dengki, iri, sombong, riya’, ujub, dan keterpedayaan.

Bahagian keempat: satu per empat hal-hal yang menyelamatkan serta apa saja yang berkaitan dengannya, seperti taubat, sabar, syukur, takut, harap, zuhud di dunia, tawakkal kepada Allah Ta’ala, jujur dalam perkataan, perbuatan, dan niat, serta pengawasan Allah Ta’ala, dan tafakkur tentang kurniaan serta nikmat-nikmat Allah.

Kemudian penulis mengakhirinya dengan paparan tentang kematian dan hal-hal yang menakutkan terkait kematian serta keadaan mayit sejak saat peniupan sangkakala sampai saat berada di Syurga atau Neraka. Pada bahagian akhirnya terdapat penjelasan tentang keluasan rahmat Allah Ta’ala agar hamba tidak berputus-asa dari rahmat-Nya, tapi tetap meletakkan diri antara takut dan harap, serta menyedari bahawa Allah Ta’ala melimpahkan kurnia-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang beriman bersesuaian amal-amalnya kepada-Nya, kerana kepada-Nya-lah semestinya kita bertakwa dan memohon keampunan.

Kitab ini (bagi edisi asal bahasa Arabnya) telah dicetak sebelumnya berulang kali. Pada cetakan terakhirnya adalah pada tahun 1298H dan padanya hanya diberikan catatan atau takhrij pada hadis-hadis yang dha’if sahaja. Manakala pada cetakan terbaru ini, seluruh hadis-hadisnya telah diberikan takhrij, dan pentahqiq (Syaikh ‘Abdul Qadir Al-Arnauth) menjelaskan mana yang sahih dan mana yang dha’if darinya.

Kepada Allah Ta’ala kita berharap agar menjadikan cetakan ini (bersama-sama edisi terjemahannya) lebih baik dari cetakan-cetakan sebelumnya, dan kepada Allah kita memohon kepada Allah Ta’ala agar menjadikan amal ini sebagai amal yang murni untuk menggapai redha-Nya. Sesungguhnya Dialah yang maha kuasa memberikan taufiq, memberi kecukupan, dan sebaik-baik pelindung bagi kita.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net