Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Buku Induk Aqidah Islam (Syarah Aqidah al-Wasithiyah)

Buku Induk Aqidah Islam (Syarah Aqidah al-Wasithiyah)
Buku Induk Aqidah Islam (Syarah Aqidah al-Wasithiyah)
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 18 x 5

ISBN: 9789791254236
Availability: Out Of Stock
Price: RM84.00 RM70.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Buku Induk Aqidah Islam (Syarah Aqidah Al-Wasithiyah) | Judul Asal (Arab): Syarh Al-Aqidah Al-Wasithiyyah | Penulis: Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) | Syarah: Asy-Syaikh Muhammad bin Sholeh Al-Utsaimin | Penerbit: Darul Haq | Berat: 1.6kg | Muka Surat: 932m/s. (Hard Cover) | ISBN: 978-979-1254-23-6 |


Buku ini adalah terjemahan dari kitab Syarh Al-‘Aqidah Al-Washithiyyah li Syaikh Al Islam Ibn Taimiyyah. Kitab ini adalah edisi terjemahan asal (secara lengkap) kemudian dengan tambahan syarahan (penjelasan) oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah. Edisi Syarah ini disemak dan dibukukan oleh Asy-Syaikh Fahd bin Nashir bin Ibrahim As-Sulaiman (murid Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin).

Kitab susunan asal Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) ini menjelaskan ‘Aqidah ahli sunnah wal-jama’ah, yakni ‘Aqidah yang diwariskan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam kepada para murid-nya (iaitu para Sahabat radhiyallahu ‘anhum), kemudian diwariskan lagi kepada para murid Sahabat radhiyallahu ‘anhum (iaitu para Tabi’in rahimahumullah), diwariskan lagi kepada murid para Tabi’in (iaitu Tabi’ut-Tabi’in rahimahumullah), dan sampailah kepada kita ilmu Aqidah islam yang Sahih ini, melalui warisan para imam dan ulama yang mengikuti para pendahulunya dengan benar. Sebagaimana yang terbuku dalam kitab-kitab muktabar, hadis-hadis yang sahih, serta atsar-atsar para salaf.

Ini adalah sebuah buku induk yang memberikan penjelasan yang luas dan terperinci terkait asas-asas Aqidah Islam, khasnya dalam perbahasan:

Tauhid Al-Asma’ (nama-nama) dan Ash-Shifat (Sifat-sifat) Allah Subhanahu wa Ta’ala, Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah Allah Ta’ala, penjelasan tentang Al-Qur’an sebagai kalam Allah, penjelasan tentang As-Sunnah sebagai penjelasan dan penafsir bagi Al-Qur’an, penjelasan rukun Iman, penjelasan tentang hari kiamat dan hari kebangkitan, perbahasan iman, perbahasan tentang ketinggian Allah, melihat Allah di Syurga, penjelasan tentang Syafa’at Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam, penjelasan tentang taqdir (Qadha dan Qadar), penjelasan tentang Ahlil bait Rasulullah, keutamaan para Sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhum, penjelasan tentang mencintai orang-orang yang bertaqwa, hakikat ‘ubudiyyah (penghambaan), penjelasan Karamah para wali, penjelasan tentang siapa ahli sunnah dan ciri-cirinya, penjelasan tentang ijma’, kepentingan menjaga solat, menjaga jama’ah dan perpaduan, penjelasan sekitar maksud bid’ah, kewajiban berbuat kebaikan kepada ibu/bapa, berbuat baik kepada para tetangga, kepentingan dan keutamaan akhlak, penjelasan tentang golongan yang selamat, penjelasan tentang fahaman Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyah, penjelasan terkait kelompok-kelompok yang menyimpang dari jalan sunnah, penjelasan kemenangan bersama ahli sunnah, dan banyak lagi penejelasan lainnya yang turut dimuatkan di dalam kitab yang tebal ini. Semuanya adalah penjelasan yang berpijak di atas manhaj yang jelas, yakni manhaj ahli sunnah wal-jama’ah sebagaimana yang dipegang oleh Rasulullah dan para sahabatnya.

​Betapa banyaknya firqah (kelompok) dalam Islam, mereka terjatuh dalam pelbagai penyimpangan dan perselisihan disebabkan salah dalam memahami asas-asas aqidah yang penting ini. Maka, dari sinilah pentingnya kita benar-benar kembali mempelajari aqidah yang sahih ini sebagaimana yang telah ditaqrir oleh para salaf, yakni dari para sahabat, tabi’in dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan hujah dan dalil.

Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah berkata tentang kitab ini:

“Allah telah menganugerahkan nikmat kepada kami sehingga mampu memberi penjelasan (mensyarahkan) kitab Al-‘Aqidah Al-Wasithiyyah, karya emas Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah, yang membahaskan aqidah ahli sunnah wal-Jama’ah yang menjadi mata-pelajaran (silibus) di masjid di hadapan para penuntut ilmu yang mempelajarinya daripada kami.

Di atas kesungguhan mereka dalam menjaga penjelasan yang kami sampaikan, maka mereka merakamnya, lalu kemudian mereka telah menyalinnya di atas kertas berpandukan kepada rakaman kaset yang mereka rakam.

Telah diketahui bahawa penjelasan yang disampaikan melalui syarahan di meja pengajian tidaklah sama dengan penjelasan yang tertulis dan telah melalui proses suntingan, kerana yang pertamanya, sangat mungkin telah diberi penambahan dan kekurangan lainnya. Kemudian aku pun melakukan semakkan ke atasnya, dan alhamdulillah aku pun membuang apa yang tidak diperlukan dan menambah apa yang diperlukan.

Aku berdoa kepada Allah semoga syarah (penjelasan) ini bermanfaat sebagaimana matan (teks/kandungan) aslinya...”

Buku ini adalah antara yang baik dalam membina landasan manhaj sekaligus menjadi hujjah dalam menjelaskan dan menjawab asas-asas syubhat kelompok bathil dari kalangan Muktazilah, Jahmiyyah, Khawarij, Syi’ah, Al-Asya’irah, Al-Maturidiyiah, sufi, dan beberapa yang lainnya. Sebahagian dari kelompok-kelompok bathil ini mungkin tidak lagi mudah dikenali dengan nama-nama tersebut, tetapi apabila kita menelitinya melalui buku ini, maka akan jelaslah siapa mereka pada hari ini walaupun ia hadir dengan baju dan nama pertubuhan, kumpulan, jama’ah, atau kumpulan yang berbeza.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net