Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Terjemahan Alfiyyah Syarah Ibn Aqil

Terjemahan Alfiyyah Syarah Ibn Aqil
Terbitan: Sinar Baru Algensindo
Product Code: Sinar Baru Algensindo
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21.6 x 15.3 x 5

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM54.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Terjemahan Alfiyyah Syarah Ibn ‘Aqil | Judul Asal (‘Arab): Alfiyyah Syarh Ibn ‘Aqil Penulis: Baha-ud-Diin ‘Abdullah Ibn ‘Aqil | Penterjemah: Bahrun Abu Bakar |  Penerbit: Sinar Baru Algensido | Berat: 1200gram | Muka Surat: 2 jilid lengkap (Hard cover)


Dalam usaha mengembangkan wawasan berbahasa ‘Arab, amat diperlukan adanya buku yang menitik-beratkan pada kajian kebahasaan. Kemampuan menguasai bahasa ‘Arab merupakan kunci dan syarat mutlak yang harus dimiliki oleh setiap orang yang hendak mengkaji ajaran Islam secara luas dan mendalam.

Kitab Alfiyyah, Syarah Ibn ‘Aqil ini disusun oleh Bahauddin ‘Abdullah Ibnu ‘Aqil. Kitab ini merupakan antara silibus penting dalam mempelajari bahasa ‘Arab.

Kitab ini telah sekian lama beredar dan tetap segar sebagai rujukan dan pelajaran, khasnya dalam kalangan ma’had-ma’had agama, sekolah-sekolah pengajian pondok, dalam kalangan ahli ilmu, para guru atau pendidik, para pelajar di madrasah-madrasah dan perguruan tinggi.

Kitab ini berisi penjelasan-penjelasan yang membahas ilmu nahwu. Keistimewaannya, kandungannya padat, pengungkapannya ringkas tetapi mampu menjabar dan membentangkan pengertian yang meluas dan mendekatkan pengertian yang jauh.

Agar kitab ini dapat dipelajari dan difahami dengan mudah oleh kaum muslimin, maka usaha penterjemahannya pun dilakukan dan ini adalah hasilnya. Semoga buku ini mampu membantu mereka untuk menguasai bahasa ‘Arab ke tingkat yang lebih tinggi khasnya bagi yang ingin mengkaji secara individu.

Mengingat akan tebalnya kitab ini, maka dalam penyusunannya dibahagikan menjadi dua jilid (dalam satu set edisi terjemahan lengkap). Pada jilid pertamanya, ia membahaskan dari sub-tajuk “kalam dan bentuk susunannya” sampailah “I’maalul mashdar”. Manakala jilid keduanya, ia membahaskan dari sub perbahasan “Mengamalkan Fi’il” sampailah ke bab “Pembahagian fi’il kepada mu’akkad dan ghairi Mu’akkad”.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net