Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tuntunan Khusyuk Ketika Shalat (Edisi Poket)

Tuntunan Khusyuk Ketika Shalat (Edisi Poket)
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu 'Umar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 10.5 x 15 x 0.4

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM7.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tuntunan Khusyu’ Ketika Shalat (Edisi Poket) | Judul Asal (‘Arab): Al-Khusyuu’ fi Ash-Shalaah| Penulis: Mohammad ‘Izz Ad-Diin Taufiq | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: - | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Penterjemah: Ade Ichwan ‘Ali | Berat: 62gram | Muka Surat: 79 m/s. (Soft cover)


Hubungan khusyu’ dengan solat sangatlah erat, meskipun khusyu’ itu bukan khusus pada solat. Tatkala kalimat khusyu’ disebutkan, maka fikiran kita langsung tertuju kepada solat. Islam memerintahkan khusyu’ dalam solat kerana:

>> Agar dapat “menegakkan” solat dengan sebenar-benarnya.

Menegakkan solat itu itu tidak sekadar “menghadapkan” muka ke arah kiblat, melainkan menghadap secara menyeluruh baik zahir maupun bathin, dengan jasad, akal dan ruhnya kepada Allah.

>> Solat yang khusyu’ merupakan warisan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَصَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي

“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.” (Shahih Al-Bukhari)

Ittiba’ (mengikuti Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam) dalam solat, tidak hanya pada gerakan zahirnya saja (berupa syarat, rukun dan sunnah-sunnahnya), tetapi seharusnya mencakup bathinnya berupa ikhlas, khusyu’, ketenangan dan keseimbangan.

>> Dalam solat harus terkumpul kesucian zahir (dengan wudhu’ dan mandi), dan juga kesucian bathin (yakni dengan ikhlas dan khusyu’).

Ketika badannya menghadap Baitullah (kiblat), maka bathinnya harus menghadap Allah Ta’ala.

>> Menapaki sunnah (ittiba’ kepada Rasulullah) dalam solat meliputi amal-amal zahir dari solat serta amal-amal bathinnya (termasuk khusyu’). Para mukmin terdahulu tidak membezakan antara kedua jenis amal tersebut ketika membahaskan hal solat.

>> Allah memerintahkan ihsan dalam segala sesuatu, termasuk dalam solat.

Ihsan dalam solat meliputi ihsan dalam tata cara zahir, dan ihsan dalam hati, yang bermakna: khusyu’, takut dan hati yang hadir.

Solat seperti inilah yang membuahkan ampunan dari Allah Ta’ala sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَا مِنَ امْرِئٍ مُسْلِمٍ تَحْضُرُهُ صَلَاةٌ مَكْتُوبَةٌ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهَا وَخُشُوعَهَا وَرُكُوعَهَا، إِلَّا كَانَتْ كَفَّارَةً لِمَا قَبْلَهَا مِنَ الذُّنُوبِ مَا لَمْ يُؤْتِ كَبِيرَةً وَذَلِكَ الدَّهْرَ كُلَّهُ

“Tidaklah seorang muslim yang tiba waktu solat fardhu kepadanya, lalu dia memperbaguskan wudhu’nya, khusyu’nya, dan ruku’nya, melainkan solatnya akan menjadi penghapus dosa-dosanya yang telah lalu, selama dia tidak melakukan dosa besar. Dan yang demikian itu berlangsung pada waktu seluruhnya.” (Shahih Muslim, no. 228. Hadis daripada ‘Utsman)

>> Allah Ta’ala berfirman:

وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ

...Sujudlah (solatlah), dan dekatkanlah dirimu (kepada Allah).” (Surah Al-‘Alaq, 96: 19)

Kedekatan kepada Allah dalam solat bergantung pada kekhusyu’an seseorang, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

لَا يَزَالُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ مُقْبِلًا عَلَى الْعَبْدِ فِي صَلَاتِهِ مَا لَمْ يَلْتَفِتْ، فَإِذَا صَرَفَ وَجْهَهُ، انْصَرَفَ عَنْهُ

“Allah ‘Azza wa Jalla sentiasa menghadap kepada seorang hamba dalam solatnya, selama hambanya tidak berpaling. Jika hambanya memalingkan wajahnya, maka Allah pun berpaling daripadanya.” (Musnad Ahmad, no. 21508. Dari hadis Abu Dzar)

>> Solat adalah untuk mengingat Allah, sebagaimana firman-Nya:

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

Dirikanlah solat untuk mengingatku.” (Surah Thoha, 20: 14)

Dan mengingat Allah ‘Azza wa Jalla dalam solat tidak mungkin tercapai tanpa kehadiran khusyu’, sedang solatnya lalai seperti munafiq, apa yang dia baca tidak dia sedari, gerakan-gerakan yang dia lakukan pun hampa tanpa makna, maka semuanya akan menyebabkan berat bagi jiwa, kejemuan yang melanda, dan manisnya solat tidak pernah terasa.

Maka, ayuh sama-sama kita perbaiki solat-solat kita, agar dapat hadirkan kekhusyukan yang sebenar, sebagaimana ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabatnya.

Semoga buku ini dapat membantu.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net