Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Apa itu Syi'ah? (Buku Poket)

Apa itu Syi'ah? (Buku Poket)
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu 'Umar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 15 x 10.6 x 0.4

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM5.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Apa itu Syi’ah? | Judul Asal (‘Arab): | Penulis: Abu Muhammad Ibnu Shalih b. Hasbullah | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: - | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Penterjemah: - | Berat: 54gram | Muka Surat: 80 m/s. (Soft cover)


Syi’ah pada hari ini disebut juga Rafidhah, menurut bahasa bererti pemberontak atau pasukan yang memisahkan diri dari kesatuan dan pimpinannya. Istilah yang menurut mereka adalah golongan yang membolehkan mencela para Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka dinamai demikian kerana para pendahulunya memisahkan diri dari Zaid bin ‘Ali, ketika beliau melarang mereka mencela Asy-Syaikhain (Abu Bakar dan ‘Umar radhiayallaahu ‘anhuma).

Sejarah mencatatkan bahawa ‘Abdullah bin Saba’ adalah orang yang pertama mencetuskan aqidah-aqidah Syi’ah. Beliau adalah seorang Yahudi dari Yaman yang pura-pura masuk Islam. Ketika dia menampakkan keislaman, dia sudah menyimpan keinginan untuk merosak Islam dengan makar dan kebusukannya, dia menampakkan ibadah haji, kemudian menampakkan amar ma’ruf dan nahi mungkar, hingga dia mengobarkan fitnah terhadap ‘Utsman bin ‘Affan radhiayallaahu ‘anhu dan mengepalai  makar (perancangan) hingga terbunuhnya ‘Utsman radhiayallaahu ‘anhu.

Ketika ‘Ali radhiayallaahu ‘anhu datang ke Kufah, ‘Abdullah bin Saba’ menampakkan sikap ghuluww (yakni sikap berlebihan) terhadap beliau radhiayallaahu ‘anhu. Beliau pun meng-unggulkan ‘Ali dengan tujuan untuk memporak-perandakan Islam dan umatnya. Hal ini sampai ke pengetahuan ‘Ali radhiayallaahu ‘anhu, sehingga beliau memerintah untuk membunuhnya. Maka ‘Abdullah bin Saba’ pun lari menjauh dari ‘Ali radhiayallaahu ‘anhu dengan menuju Qarqisia (sebuah ibu-kota di Iraq).

Berita tentang ‘Abdullah bin Saba’ sangat terkenal. Lebih dari satu ulama yang menyebutkannya.

Seharusnya, orang yang memiliki sedikit ilmu tentang Islam sekalipun, dia harus tahu bahawa aliran Syi’ah adalah aliran yang sangat bertentangan dengan agama Islam dan sangat berbahaya. Oleh kerana itulah, orang-orang zindiq (atau kafir) yang bermaksud merosak Islam, mereka akan menyeru dan mempropagandakan masyarakat agar memasuki serta mencintai agama Syi’ah, lalu melalui pintu inilah mereka mengucar-kacirkan Islam.

Untuk menghilangkan jejak, kaum Syi’ah zaman sekarang berusaha menggambarkan sosok ‘Abdullah bin Saba’ sebagai sosok fiktif (dongeng). Namun mereka tidak berhasil, kerana ketokohan ‘Abdullah bin Saba’ (dalam agama Syi’ah) demikian jelas disebutkan dalam kitab-kitab sejarah sama ada dalam kitab-kitab sejarah umat Islam, mahupun sejarah dari versi kitab-kitab Syi’ah Syi’ah sendiri.

Jadi, mari sama-sama kita pelajari serba-sedikit tentang Syi’ah dan bahayanya ini. Sebagai bekal agar tidak terpedaya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net