Judul: Buku Putih Ihya ‘Ulumuddin | Judul Asal (‘Arab): Tahdzibu Mau’idzatil Mu’minin min Ihya’i Ulumiddin | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Jamaluddin Al-Qasimi rahimahullah | Tahqiq/Takhrij: Mahmud Mahdi Al-Istanbuli dan Muhammad ‘Ied Al-‘Abbasi | Penterjemah: Drs. Asmuni | Penerbit: Darul Falah | Berat: 1005g | Muka Surat: 708 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.9cm (tinggi) x 16.4cm (lebar) x 3.4cm (tebal) | ISBN: 978-979-3036-91-5 |
Imam Al-Ghazali Rahimahullah telah menulis dengan tinta emasnya lautan mutiara hikmah tazkiyatun nafs dalam Ihya Ulumuddin. Buku yang ada di hadapan anda ini adalah Buku Putih Ihya Ulumuddin yang berbeza jauh dari buku-buku yang telah diterbitkan sebelumnya. Ini adalah kerana buku ini telah menghimpunkan semula mutiara berharga di dalam kitab Ihya Ulumuddin yang sebelumnya dicemari dengan pelbagai kerosakkan seperti bercampur-baur dengan hadis-hadis yang tidak sahih malah palsu dalam usaha menyucikan jiwa dan memperbaikinya, mengkaji pelbagai penyakit hati dan aib yang dengannya mencabut tunjang-tunjang keburukan dari dasarnya.
Tentunya, setelah membersihkan kitab tersebut daripada hadis-hadis palsu dan lemah serta dari pelbagai bentuk kesalahan ilmiyah, kemudian memperbaikinya dengan menanamkan benih-benih kebaikan di dalamnya yang seiring dengan ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi yang sahih. Sejumlah syarah telah menambahkan khazanah berharga buku ini sehingga menjadi bekalan yang dapat membangkitkan semangat kepada jiwa-jiwa, melembutkan hati, memperkuatkan daya-usaha, dan membinasakan kesombongan yang menjadi tunjang segala bentuk keburukan dan dosa. Sekaligus buku ini mampu menjadi suatu perantara dalam merawati jiwa-jiwa yang sakit, selalu bersedih, selalu tertekan, dan tidak bermaya berdasarkan kandungannya yang begitu menyentuh. Insya Allah.