Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Panduan Amal Sehari Semalam

Panduan Amal Sehari Semalam
Panduan Amal Sehari Semalam
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.4 x 16.4 x 2.2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM48.00 RM40.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Panduan Amal Sehari Semalam | Judul Asal (‘Arab): -  | Penulis (Penyusun): Ummu Ihsan & Abu Ihsan | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 0.85kg | Muka Surat: 353 m/s. (Hard cover)


Kebanyakan orang yang memandang hidup ini identik dengan menikmati pelbagai kesenangan dan kelazatan duniawi.

Siang malam mereka habiskan waktu untuk mengejar dan mengurus urusan dunia. Dunia yang sementara ini telah memperdaya mereka sampai melupakan kehidupan yang sebenarnya iaitu akhirat.

Orang-orang seperti ini pada hakikatnya sudah putus asa untuk menggapai kedudukan yang lebih mulia dan lebih utama. Sebab hakikat hidup jelas bertolak belakang dengan apa yang mereka yakini dan berlawanan dengan apa yang mereka duga.

Hidup ini hakikatnya adalah mengabdikan diri dengan beribadah kepada Rabb Yang Maha Hidup dan tidak akan mati. Itulah tujuan penciptaan jin dan manusia. Maka seorang muslim hendaklah memerhatikan setiap detik yang dia lalui. Jangan sampai waktu terbuang percuma tanpa ada nilai ibadah di sisi Allah.

Oleh kerana itulah, kita perlu mengetahui bimbingan nabawi dalam setiap gerak langkah dan ucapan kita sehari-hari, sehingga setiap detik kehidupan yang kita lalui benar-benar bernilai pahala di sisi Allah ‘Azza wa Jalla.

Buku ini merangkum sebuah panduan bagi aktivitas muslim sepanjang siang dan malam, semenjak seseorang membuka matanya, bangun di pagi hari, sampailah dia tidur kembali dan bangun di tengah malam, bersesuaian dengan apa yang dicontohkan oleh qudwah dan guru yang paling mulia, Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam. Dengan menerapkan sunnah ini, insya Allah kita pasti akan dapat mengisi setiap waktu yang ada dengan sesuatu yang bernilai kebaikan lagi berpahala.

Maka, manfaatkan dan ambillah tahu, agar kita pun tidak meremehkan sesuatu amal biar sekecil apapun.

Sebagaimana dalam hadis, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا، وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

“Jangan engkau menganggap remeh suatu kebaikan, walau sekadar bermuka manis ketika menemui saudaramu.” (Shahih Muslim, no. 2626)

Juga dalam hadis yang lain:

لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ، فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ، كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ

“Sungguh aku melihat seorang lelaki mundar-mandir (bersiar-siar) di Syurga disebabkan sebatang pohon yang dia singkirkan dari tengah jalan agar tidak mengganggu (laluan) orang ramai.” (Shahih Muslim, no. 1914)

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net