Judul: Mendulang Faedah Dari Kalimat Nubuwwah | Judul Asal (‘Arab): Bahjatu Quluub Al-Abraar wa Qurratu ‘Uyuun Al-Ahyaar fii Syarhi Jawami’ Al-Ahbaar | Penulis: Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di rahimahullah | Penerbit: Griya Ilmu | Berat: 490g | Muka Surat: 352m/s. (Soft Cover) [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Menela’ah buku ini, walaupun isinya ringkas namun jelas dan tuntas. InsyaAllah para pembaca akan mendapati buku ini memuatkan pelbagai asas cabang disiplin ilmu yang bermanfaat. Sama ada dalam asas tauhid, kaeedah-kaedah ushul, aqidah, manhaj, akhlak, adab, penyucian jiwa, mua’malah, kesihatan, mahupun fiqh dan hukum-hakam.
Di dalamnya turut terkandung faedah-faedah ilmu tentang ishlah (pembaikan) masyarakat yang pelbagai, saranan menuju kebaikan, serta kaedah-kaedah penting menghindari pelbagai keburukan atau kemudharatan.
Buku ini disarikan dari himpunan hadis-hadis Nabi yang bernilai jawami’ul kalim, iaitu hadis yang ringkas-ringkas, namun memuatkan makna yang mendalam dan mencakupi pelbagai perkara dalam agama.
Kata Syaikh ‘Abdurrahman As-Si’di rahimahullah (penulis buku ini):
“Tidak ada sesudah kalam Allah Ta’ala yang lebih benar, bermanfaat, dan merangkum semua kebaikan dunia dan akhirat berbanding perkataan Rasul-Nya dan kekasih-Nya Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Kerana beliau adalah makhluk yang paling berilmu, paling agung dalam nasihat, membimbing, dan memberikan petunjuk, serta paling sempurna penjelasannya, paling baik dalam meletakkan garis atau batas-batas, dalam memberikan perincian, dan paling baik dalam memberikan pelajaran.
Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah diberi jawami’ul kalim, di mana beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengucapkan perkataan yangs edikit lafaznya, tetapi sangat banyak faedahnya, mudah difahami, dan sangat jelas, sehingga mencapai kedudukan yang begitu tinggi dalam carta kesusasteraan (ilmu bahasa).
Maka timbullah dalam fikiranku agar aku mengungkapkan beberapa hadis beliau yang memiliki sejumlah makna yang mencakup seluruh persoalan secara umum. Sarat dengan pelbagai makna dalam hal jenis mahupun individu, atau salah satu permasalahan ilmu. Disertai huraian maksud-maksud dan objektifnya. Disampaikan secara jelas dan lugas serta dalam bentuk yang ringkas lagi mudah difahami.
Akhirnya, aku pun memulakannya dengan memohon pertolongan kepada Allah Ta’ala, meminta kepada-Nya diberi kemudahan dan kelapangan.” (Mukaddimah Buku)