Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Konsep Kepemimpinan dan Jihad dalam Islam Menurut Mazhab Syafi'i

Konsep Kepemimpinan dan Jihad dalam Islam Menurut Mazhab Syafi'i
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq (10(2))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 17.5 x 12.7 x 0.7

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM10.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Konsep Kepemimpinan dan Jihad dalam Islam Menurut Mazhab Syafi’i | Judul Asal (‘Arab): Bab al-Jihad dari Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji ‘ala Madzhab Al-Imam Asy-Syafi’i | Penulis: Dr. Mushtafa Al-Khin dan Dr. Mushtafa Al-Bugha | Penerbit: Darul Haq | Berat: 122gram | Muka Surat: 128 m/s. (Soft cover)


Kerana ganasnya gempuran musuh, banyak sekali konsep-konsep asas dalam juzuk-juzuk Islam yang menjadi kabur dan samar bagi sebahagian kaum Muslimin. Sehingga ada di antara mereka yang terkesan alergik untuk membicarakannya. Dan ini memang sedang benar-benar berlaku dalam sebahagian kalangan kaum Muslimin, bahkan mereka yang mengaku mengikuti mazhab Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah!

Di antara juzuk yang dimaksudkan adalah dalam hal Kemimpinan Islam dan Jihad. Dan dua tema inilah yang dikupas dalam buku ini berdasarkan fiqh mazhab Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah. Syari’at Islam adalah sistem yang ditetapkan oleh Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Maka sudah pastilah Islam merupakan syari’at yang telah tetap sebagai sistem hidup; kerana berdasarkan ilmu dan kebijaksanaan Allah Subhanahu wa Ta’ala, yang Maha Menciptakan.

Kepimpinan dan Jihad adalah di antara tema penting dalam Islam, yang ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan rapi dan jelas, yang membuktikan ajaran Islam itu ideal untuk seluruh zaman, di setiap tempat, dan bagi setiap kalangan manusia.

Dalam buku ini, para pembaca akan dapat mengkaji dua tema penting antara Kepimpinan dan Jihad Dalam Islam secara tuntas, dengan ulasan yang mudah dan jelas, yang akan membimbing kita agar berilmu sebelum berkata dan beramal.

Sebagai Tambahan informasi: Sebuah team dari pakar fiqh mazhab Al-Imam Asy-Syafi'i, telah menyusun sebuah karya ilmiah yang sangat baik tentang fiqh mazhab tersebut. Dan siri karya tersebut diberi judul:

Al-Fiqh Al-Manhaji ‘ala Mazhab Al-Imam Asy-Syafi’i (Manhaj Fiqh berdasarkan Mazhab Al-Imam Asy-Syafi’i).

Dan kitab Al-Fiqh Al-Manhaji tersebut adalah merupakan intisari dari sekian banyak kitab-kitab induk mazhab Al-Imam Asy-Syafi'i, dan buku (Konsep Kepemimpinan dan Jihad dalam Islam Menurut Mazhab Syafi’i) yang ada di tangan anda ini, adalah diambil dari kitab tersebut secara tematik.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net