Judul: Buku Poket Fiqih Hubungan Intim... (Misteri di Balik Selimut) | Judul Asal (‘Arab): Disarikan dari kitab Fiqhis Sunnah lin Nisaa’ | Penulis: Abu Malik As-Sayyid Salim | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Penterjemah: Ade Ichwan Ali & Abu Muhammad | Berat: 38gram | Muka Surat: 64 m/s. (Soft cover)
Sesuatu yang tersembunyi, akan selalu membuat penasaran seseorang untuk menyingkapnya. Mungkin apabila disebut tentang urusan di kamar tidur atau di balik selimut, kebanyakan orang akan menganggangapnya sebagai hal yang tabu dan memalukan.
Namun, seandainya hal tersebut disingkap dan diperjelas dengan jalan yang benar, iaitu jalan Islam, maka hal tersebut bukanlah termasuk suatu yang tidak beradab, atau suatu yang memalukan.
Kerana Allah Ta’ala berfirman:
وَاللَّهُ لَا يَسْتَحْيِي مِنَ الْحَقِّ
“... dan Allah tidak malu dari menjelaskan yang haq.” (Surah Al-Ahdzaab, 33: 53)
Malah menjadi suatu yang penting untuk dipelajari dan termasuk ibadah dalam mempelajarinya, apabila ia bertujuan untuk mengetahui bagaimana bimbingan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam hal ini.
Mudah-mudahan buku inilah yang anda nanti-nantikan di tengah banyaknya tersebar bacaan-bacaan yang hina, lucah, dan merendahkan akhlak umat Islam.
Telusurilah keindahan Islam dalam menjelaskan tentang perkara ini, ilmu-ilmu tentang etika dan adab-adab hubungan intim pasangan suami isteri sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah. Sebuah kenikmatan, keharmonisan, dan perhubungan yang terjalin di atas jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Semoga buku ini memberi manfaat kepada para pembaca.