Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Buku Poket Manusia Paling Bahagia di Bulan Ramadhan

Buku Poket Manusia Paling Bahagia di Bulan Ramadhan
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu 'Umar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 15 x 10.5 x 0.4

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM7.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Buku Poket Manusia Paling Bahagia di Bulan Ramadhan | Judul Asal (‘Arab): As-‘adun Naas fii Syahri Ramadhaan | Penulis: ‘Abdurrahman Al-Yahya | Penerbit: Pustaka Iibnu ‘Umar | Penterjemah: Ahmad Syaikhu | Berat: 50gram | Muka Surat: 64 m/s. (Soft cover)


Puasa adalah Ibadah dan ketaatan yang dilakukan dengan penuh kecintaan, penyerahan diri dan pengagungan kepada Allah. Dan buah terbesar dari puasa adalah mewarisi ketaqwaan kepada Allah.

Kata Thalq B. Habib rahimahullah:

“Taqwa adalah mengamalkan ketaatan kepada Allah dengan cahaya (petunjuk) Allah, mengharap ampunan Allah, meninggalkan maksiat dengan cahaya (petunjuk) Allah, dan takut terhadap azab Allah.” (Mushannaf Ibn Abi Syaibah, no. 30356)

‘Umar B. Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu menulis surat (berwasiat) kepada anaknya (‘Abdullah Ibn ‘Umar):

“Amma ba’d, aku berwasiat kepada engkau hendaklah engkau bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Kerana sesiapa yang bertaqwa kepada-Nya, Dia kan melindunginya. Sesiapa yang bersyukur kepada-Nya, Dia akan menambahkan nikmat kepadanya. Jadikanlah taqwa di kedua kelopak mata dan hatimu.” (Ibnu Rejab, Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, 1/406)

Para ulama kita telah membuat suatu perumpamaan yang baik dan indah untuk bulan Ramadhan. Mereka mengatakan:

“Bulan Ramadhan itu umpama pasar yang dibuka, kemudian ditutup. Maka orang yang beruntung akan meraih keuntungannya, manakala orang yang merugi akan kehilangan keuntungannya.”

Dapatkah anda melihat siapa dia orang-orang yang beruntung di pasar (Ramadhan) ini, dan siapa pula yang merugi? Sesungguhnya orang yang beruntung di bulan Ramadhan adalah mereka yang mengumpulkan tujuh hal, apa dan bagaimana?

Mari sama-sama kita semak melalui buku ini Insya Allah…

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net