Judul: Sorotan Total Ulama Salaf, Koreksi Terhadap Kitab-kitab, Tokoh-tokoh, dan Hadits-hadits | Judul Asal (‘Arab): Kutubun, Akhbarun, Rijalun, Ahaadits Tahtal Mijhar (Kitab-kitab, Khabar-khabar, tokoh-tokoh, dan Hadits-hadits dalam Sorotan) | Penulis: Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad As-Sadhan | Penerbit: Pustaka As-Sunnah | Berat: 250gram | Muka Surat: 220 m/s. (Soft cover)
Ini adalah sebuah buku karya Syaikh ‘Abdul ‘Aziz As-Sadhan. Menjabarkan sebuah perbahasan yang amat bermanfaat tentang salah faham yang berlaku terhadap kitab-kitab, tokoh-tokoh, kisah-kisah, dan hadis-hadis tertentu.
Antara perbahasan yang termuat dalam buku ini adalah seperti:
1, Salah faham terhadap kitab Ar-Ruuh karya Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H), benarkah pernisbatan ke atas penulisnya.
2, Kitab Al-Kaba’ir karya Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah dengan pelbagai versinya.
3, Kitab Al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab, bukan hanya dikarang oleh Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H).
4, Kitab Shofwatut Tafsir karya Muhammad ‘Ali Ash-Shabuni yang mengandungi pelbagai penyimpangan dan takwil bathil.
5, Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karya Al-Imam Al-Ghazali rahimahullah (Wafat: 505H) dan tangapan para ulama terhadapnya.
6, Penisbatan secara dusta kitab An-Nahju Al-Balaghah atas nama Amiirul Mukminin ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu.
7, Kitab Al-Imamah wa As-Siyasah dan kesalahan penisbatannya atas nama Al-Imam Ibnu Qutaibah rahimahullah (Wafat: 276H).
Dan banyak lagi yang lainnya, lebih dari 30 kitab disentuh oleh penulis.
Ada pun berkaitan tokoh-tokoh, penulis membahaskan antaranya:
8, Ibnu Sina yang disangka ulama, sedangkan sangat banyak ulama yang mengkritik pemikirannya yang sesat lagi menyimpang. Bahkan ada yang mengkafirkannya kerana beliau mendahulukan akal berbanding wahyu, bahkan menolak wahyu.
9, Ar-Razi yang dikenal sebagai tokoh ilmu kalam.
10, Karl Bruklman yang berusaha mencipta sejarah dusta terhadap Islam dan umatnya.
Dan beberapa tokoh yang lainnya.
Di samping itu, penulis juga memuatkan sejumlah perbahasan terhadap sebahagian hadis-hadis yang banyak disalah-fahami oleh sebahagian pihak. Hakikat hadis tersebut, dan cara pandang yang benar terhadapnya.
Semoga bermanfaat.