Judul: Apa Itu Bid’ah? | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Abu Muhammad Ibnu shalih bin Hasbullah | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 40gram | Muka Surat: 64 m/s.
Agama ini telah sempurna sebagaimana Allah Ta’ala telah berfirman:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
“…Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama bagi kalian (Islam), dan telah Aku cukupkan atas kalian nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagi kalian.” (Surah Al-Maa’idah, 5: 3)
Maka tiada lagi pengurangan mahupun penambahan ke atas agama Islam ini. Ia adalah agama yang cukup dan sempurna buat manusia.
Namun akan kita temukan pada fasa-fasa sepeninggalan Nabi, sampailah ke hari ini, dan hari-hari berikutnya; banyaknya perseisihan dan perpecahan dalam kalangan umat Islam.
Dalam sebuah hadis yang masyhur daripada Al-‘Irbadh bin Saariyah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda mengingatkan tentang perkara ini berserta akan bahayanya bid’ah. Kata Nabi:
فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
“Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah Al-Khulafa’ Ar-Rasyidin Al-Mahdiyyin (yang mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Sunan Abu Daud, no. 4607. At-Tirmidzi, no. 2676. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi dan Al-Albani)
Subhanallaah... Maka in-syaa-Allah, buku “Apa Itu Bid’ah” ini adalah buku yang mudah difahami yang akan membantu dan menuntun kita agar dapat memahami perkara ini. Di dalamnya turut disertakan dengan contoh-contohnya agar kita selamat dari perkara-perkara bid’ah yang dimaksudkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Penjelasannya mudah, ringan, tuntas, dan tidak sukar difahami mahupun bagi kalangan awam dan pemula.