Judul: Tuntunan Praktis Manasik ‘Umrah | Judul Asal (‘Arab): (Diambil dari) Daliil Al-Hajj wal ‘Umrati Al-Mushawwar | Penulis: Abu Muhammad ‘Abdurrahman Asy-Syafi’i | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 60gram | Muka Surat: 64 m/s. (Soft cover)
Kita memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar kita dapat menunaikan seluruh manasik ‘Umrah bersesuaian dengan tata cara yang diredhai-Nya, yakni dengan hati yang ikhlas dan dengan mengikuti Sunnah Nabi-Nya Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam.
Semoga Allah Ta’ala menerima ‘Umrah kita sebagai amal yang soleh, kerana hanya Allah Ta’ala lah yang menguasainya dan hanya Allah Ta’ala lah yang MahaKuasa atasnya (Mahakuasa menerima amal dan menjadikannya sebagai amal-amal yang soleh), aamiin.
Saudaraku yang akan melaksanakan ‘Umrah...
Ketahuilah bahawa setiap yang berkenderaan itu memiliki pembimbing dan setiap perjalanan itu ada petunjuknya. Pembimbing orang yang ber-‘umrah adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, di mana beliau bersabda:
لِتَأْخُذُوا مَنَاسِكَكُمْ
“Ambillah manasik (haji dan ‘umrah) kalian daripadaku.” (Shahih Muslim, no. 1297)
Oleh itu, sesiapa yang bertujuan untuk melaksanakan ‘umrah ke Baitullah, maka diwajibkan baginya agar mempelajari petunjuk beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam melaksanakan ‘umrah tersebut.
Dan pada buku yang ada di hadapan kita ini, ia merupakan buku yang berusaha menjelaskan kepada kita tentang manasik ‘umrah bersesuaian dengan sunnah, dengan disertai ilustrasi (gambar-gambar) panduan. Penyusun bermaksud menjelaskannya dengan baik, mudah, ringkas, dan dengan disertai gambar-gambar yang memudahkan kefahaman.
Pihak penyusun berharap kepada Allah ‘Azza wa Jalla agar menjadikan ‘umrah kita semua sebagai ‘umrah yang mabrur, diterima, dan dosa-dosa kita pun diampuni.
Semoga bermanfaat.