Judul: Keutamaan & Kewajiban Mempelajari Bahasa Arab | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Hamzah Abbas Lawadi | Penerbit: Nashirussunnah | Berat: 280gram | Muka Surat: 126 m/s. [Disediakan oleh Atsar Ent., tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Bahasa ‘Arab merupakan bahasa yang mempunyai perbendaharaan lafaz yang paling banyak dan paling luas. Dari itu, janganlah bahasa ‘Arab ini ditinggalkan kerana bahasa ini mempunyai keistimewaan yang sangat banyak.
Anggapan sukarnya bahasa ‘Arab dan merasa lebih pentingnya bahasa inggeris telah membuat bahasa ‘Arab seakan-akan dipinggirkan dan dikesampingkan. Padahal Allah telah memudahkan bagi setiap muslim yang berniat dan semangat teguh untuk dapat mempelajarinya. Selain bahasa ‘Arab merupakan bahasa yang dipilih Allah, juga merupakan sumber ilmu pengetahuan yang diperlukan dalam keseharian, sama ada hakikat mahupun syari’at dan mu’amalah. Sehingga mempelajari bahasa ‘Arab adalah keperluan yang sangat penting yang tidak dapat ditawar-tawar lagi.
Dengan bersumber Al-Qur’an dan As-Sunah, buku ini menjelaskan secara rinci akan kewajiban dan keutamaan mempelajari bahasa arab.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
“Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Qur’an dengan berbahasa ‘Arab, agar kamu memahaminya.” (Surah Yusuf, 12: 2)
‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu pernah berkata:
“Pelajarilah bahasa ‘Arab, kerana ia sebahagian dari agama kalian.”
Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H):
“Sesungguhnya Bahasa ‘Arab adalah sebahagian dari agama Islam, mengetahuinya adalah wajib. Kerana memahami al-Qur’an dan hadis itu adalah wajib, dan seseorang tidak akan memahami keduanya melainkan dengan Bahasa ‘Arab. Sesuatu yang tidak sempurna kewajibannya melainkan dengannya, maka ia juga adalah wajib.” (Iqtidhaa’ Ash-Shiraathal Mustaqiim, m/s. 207)
Buku ini terbahagi kepada 4 asas perbahasan utama:
1, Karekteristik dan keistimewaan bahasa ‘Arab,
2, Keutamaan mempelajari bahasa ‘Arab
3, Hukum mempelajari bahasa ‘Arab dan selaian ‘Arab.
4, Kunci sukses menguasai bahasa ‘Arab.
Semoga buku ini mampu menjadi motivasi dan membuka semangat untuk kita sama-sama mempelajari dan mempraktikkan bahasa ’Arab.