Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Matahari Mengelilingi Bumi, Penjelasan Secara Ilmiah Ditinjau Dari Ilmu Fisika dan Islam

Matahari Mengelilingi Bumi, Penjelasan Secara Ilmiah Ditinjau Dari Ilmu Fisika dan Islam
Terbitan: Pustaka Arafah
Product Code: Pustaka Arafah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 14.1 x 1

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM15.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Matahari Mengelilingi Bumi, Penjelasan Secara Ilmiah Ditinjau Dari Ilmu Fisika dan Islam | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Rahmat Abdullah | Penerbit: Pustaka Arafah | Berat: 350gram | Muka Surat: 177 m/s. [Disediakan oleh Atsar Ent., tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]


Jika disebutkan bumi mengelilingi matahari, tentu itu sudah biasa bagi kita bukan? Kerana memang demikian yang dipelajari dan diterapkan di kebanyakan pusat-pusat pendidikan di sekitar kita pada hari ini. Namun, tahukah kita bahawa agama Islam menyatakan hal tersebut sebaliknya. Apabila Islam menyentuh isu ini, secara langsung perkara ini adalah termasuk perkara agama yang wajib diimani dengan sebaiknya.

Sebelum ini kami telah membawakan sebuah buku dengan judul yang hampir serupa, “Matahari Mengelilingi Bumi Sebuah Kepastian”. Buku tersebut mengupas hakikat matahari mengeliingi bumi berdasarkan sumber dalil-dalil wahyu Al-Qur’an dan As-Sunnah serta berdasarkan ijma’ para ulama terdahulu. Hanya sedikit dibawakan nukilan-nukilan dari sumber penelitian dan teori-teori kajian sains.

Manakala buku yang sedang anda tatap ini adalah sebaliknya, penulis berusaha menjelaskan hakikat matahari mengelilingi bumi dari sudut sains dan ilmu fizik. Penulis mengupas dan membuat perbandingan beberapa teori dalam kajian tersebut.

Antara lain yang menjadi fokus perbahasan adalah; dibentangkan sejarah bermula munculnya teori bumi mengelilingi matahari, sedangkan sebelumnya telah ijma’ (bersepakat) seluruh ahli kitab dan umat Islam menyatakan bahawa matahari-lah yang mengelilingi bumi. Kemudian dijabarkan pula Awal mula munculnya teori Heliosentris dan Geosentris, Aspek perkembangan kajian sains dan falsafah akal, Sains fizik klasik dan moden dari barat, Pertembungan teori Heliosentris dengan Geosentris, Teori Relativitas, Teori Absoluvitas, Isyarat Al-Qur’an dan As-Sunnah tentang Teori Absoluvitas, dan pelbagai polemik yang berlaku serta cara menyikapinya.

Turut dibahaskan sama adalah isu keterbatasan sains, hakikat tersembunyi di sebalik sains, teori heliosentris dan hubung-kaitnya dengan ideologi sekularisme, tanda kekuasaan Allah, dan beberapa lagi lainnya.

Matahari Megelilingi Bumi Dalam Ilmu Wahyu

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman menyatakan bahawa langit dan bumi itu tetap pada kedudukannya:

إِنَّ اللَّهَ يُمْسِكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ أَنْ تَزُولَا وَلَئِنْ زَالَتَا إِنْ أَمْسَكَهُمَا مِنْ أَحَدٍ مِنْ بَعْدِهِ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

“Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi agar tidak berganjak dari kedudukannya; dan benar-benar jika kedua-duanya akan berganjak, tidak ada siapapun yang dapat menahan keduanya selain Allah. Sesungguhnya Allah Maha Lemah-lembut lagi Maha Pengampun.” (Surah Faathir, 35: 41)

Sila lihat kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ath-Thabari dan Ibnu Katsir tentang makna “أَنْ تَزُولَا” dengan lebih terperinci.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ آتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

“Adakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Rabb-nya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang tersebut pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan, “Rabb-ku ialah Yang menghidupkan dan mematikan”, orang tersebut berkata, “Aku dapat menghidupkan dan mematikan.” Ibrahim berkata, “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat.” lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Baqarah, 2: 258)

Ayat ini menjelaskan bahawa yang bergerak sehingga terjadinya siang dan malam serta terbitnya matahari dari arah timur, adalah kerana pergerakan atau peredaran matahari, bukannya kerana putaran bumi sebagaimana disangka kebanyakan orang.

Dalam ayat yang lain, Allah Ta’ala berfirman:

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

“Dan Dia-lah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya beredar pada garis edarnya.” (Surah Al-Anbiyaa’, 21: 33)

Ayat ini menjelaskan matahari dan bulan itu saling beredar pada garis orbitnya.

Dalam ayat yang lain, Allah Ta’ala berfirman:

وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

“Dan matahari itu beredar (dengan sangat laju) pada garis peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin, 36: 38)

Maksud kalimat “تَجْرِي” adalah bergerak dengan sangat laju.

Demikianlah sebahagian fakta yang dapat kita lihat dalam Al-Qur’an, bahkan banyak lagi ayat-ayat yang lainnya, tidak termasuk lagi dalil-dalil dari hadis-hadis Nabi yang sahih.

Kemudian, dalam banyak ayat-ayat ini, tidak pula ditemui penegasan yang menjelaskan bergerak atau beredarnya bumi dari Al-Qur’an mahupun hadis, malah yang ada adalah penegasan akan pegunnya bumi pada kedudukannya, tidak berganjak.

Dan penjelasan hal ini secara terperinci antaranya akan dapat anda semua teliti melalui dua buku yang kami paparkan dalam website kami.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net