Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Jala'ul Afham, Keutamaan Shalawat Nabi

Jala'ul Afham, Keutamaan Shalawat Nabi
Terbitan: Al Qowam
Product Code: Al-Qowam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16.4 x 4

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM70.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Jala’ul Afham, Keutamaan Shalawat Nabi | Judul Asal (‘Arab): Jalaa’ul Afhaam fi Fadhlish Sholaati was Salaami ‘ala Muhammad | Penulis: Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) | Tahqiq dan Takhrij: Masyhur Hasan Salman | Penerbit: Al-Qowam | Berat: 1.3kg | Muka Surat: 718 m/s. (Hard cover).


Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) telah merangkumkan untuk kita sebuah tema melalui sebuah kitab sebagaimana ucapannya:

“Dalam kitab tersebut (iaitu kitab Jalaa’ul Afhaam ini), kami menjelaskan hadis-hadis tentang selawat dan salam ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang diriwayatkan sama ada secara sahih, hasan, mahupun secara ma’lul (yang memiliki kecacatan).

Kami juga menjelaskan cacat-cacat yang terdapat dalam hadis-hadis yang ma’lul dengan penjelasan yang terperinci.  Kemudian rahsia dan kemuliaan doa (selawat dan salam) ini, pelajaran serta faedah yang terkandung padanya dan tempat-tempat untuk mengucapkan selawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tersebut.

Seterusnya kami jelaskan pula perbahasan berkaitan ukuran (atau kadar) yang wajib dilakukan, perbezaan pendapat ulama dalam masalah ini, dan mana pendapat yang rajih (paling tepat) dan mana pula pendapat yang palsu (yang jauh dari kebenaran).”

Dalam kitab ini Ibnul Qayyim juga turut mengupas dan menjabarkan makna selawat untuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai antara cabang bab-bab utamanya. Beliau memasukkan perbahasan berkaitan pelbagai doa, erti nama Muhammad dan Ahmad serta perbezaan antara keduanya.

Kemudian beliau membawakan nash-nash (pernyataan) dari Taurat sekaligus penjelasannya yang menyebutkan nama beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Selanjutnya beliau mengupas perihal dan salasilah keluarga Nabi, siapakah mereka yang termasuk di dalamnya, tentang isteri-isteri Nabi sekaligus menghuraikan perkara ini dengan baik.

Beliau juga turut mengetengahkan kerancuan (kesamaran) sekitar hadis Ummu Habibah dan pernikahan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengannya yang disebutkan dalam Shahih Muslim serta jawaban-jawaban ulama terhadap kerancuan ini.

Berikutnya, Ibnul Qayyim membahaskan pula tentang maksud keturunan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Setelah itu beliau masukkan pula perbahasan tentang Nabi Ibrahim dan jejak-jejak kebaikannya. Kemudian beliau bahaskan pula tentang keluarga Nabi, kemuliaannya, serta barakah pada mereka.

Beliau turut mengupas secara tuntas makna “barakah” dan hakikatnya, kemudian rahsia di sebalik diakhirinya selawat dengan nama Allah; “Yang Maha Terpuji” dan “Yang Maha Agung”.

Seterusnya Ibnul Qayyim menyebutkan satu kaedah tentang doa-doa dan dzikir-dzikir yang diriwayatkan dengan redaksi yang pelbagai serta meletakkan satu ushul (atau prinsip) yang seharusnya diperhatikan dalam perkara ini.

Di bahagian akhir kitab ini, Ibnul Qayyim memaparkan pula faedah-faedah dan kelebihan-kelebihan yang terwujud dari amalan berselawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Jumlahnya mencapai 40 faedah atau point. Dan beliau mengakhiri kitab ini dengan ulasan berkaitan selawat dan salam pada selain Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan keluarga Nabi.

Titik asalnya, kitab ini fokus untuk perbahasan selawat ke atas Nabi, namun atas hikmah dan keilmuan yang diberikan Allah buat sang penyusunnya iaitu Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah, kitab ini pun turut menjabarkan pelbagai perkara dan perbahasan penting di dalamnya sehingga faedahnya menjadi melimpah buat para pembaca yang mahu mengambilnya.

Dan hal ini insyaAllah akan anda dapatkan saat mula menela’ah dan menelusurinya dari lembar ke lembar.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net