Judul: Taubat Kewajiban Seumur Hidup | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Al-Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Penyusun | Penerbit: Khazanah Fawa’id | Berat: 125g | Muka Surat: 71m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.4cm (tinggi) x 14.5cm (lebar) x 0.5cm (tebal) | ISBN: 978-602-61392-7-6 |
Ramai dari kaum muslimin menunda-nunda taubat, bahkan enggan bertaubat, walhal taubat adalah semulia-mulia amalan. Di antara punca sikap sebegini adalah kerana memandang remeh perbuatan dosa dan maksiat.
Seandainya kita mentadabburi Al-Qur’an dengan baik dan cermat, nescaya kita akan mendapati begitu banyak dari kaum-kaum yang diadzab dengan adzab yang pedih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala disebabkan dosa dan maksiat yang mereka lakukan. Dan disebabkan oleh keengganan mereka untuk bertaubat setelah sekian banyak peringatan disampaikan.
Dan kalau kita terus mentadabburi Al-Qur’an lagi, kemudian As-Sunnah juga, pasti kita akan mendapati bahawa taubat dan istighfar adalah amalan para Nabi, dan amalan orang-orang yang soleh. Dengan itu, tentu lebih utama lagi amalan taubat ini bagi selain dari para Nabi dan Shalihin!
Setiap anak Adam pasti pernah berbuat dosa, dan yang terbaik dari orang yang berbuat dosa itu adalah mereka yang bertaubat kepada Allah Ta’ala.
Taubat adalah jalan kebahagiaan, jalan menuju Syurga, pembersih hati, penghapus dosa, dan menjadi sebab keredhaan Allah Ta’ala.
Semoga buku ini dapat menjadi pedoman untuk kita semua agar sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah Ta’ala.