Judul: Meraih Puncak Manisnya Iman | Penulis: Asy-Syaikh Prof. Dr. Falih bin Muhammad Ash-Shughaiyyir | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 240g | Muka Surat: 225m/s..
Tiga amalan bagi siapa yang mampu melaksanakan ketiga-tiganya, maka dia akan mendapatkan nikmat manisnya iman. Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam telah bersabda:
"Ada tiga amalan bagi sesiapa yang mampu melakukannya maka dia akan mendapatkan manisnya iman. Tiga amalan tersebut adalah menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selain keduanya, mencintai seseorang kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana dia benci jika dilemparkan ke dalam api." (Hadis Riwayat AI-Bukhari dan Muslim)
Buku ini membahas dengan agak mendalam tentang hakikat makna cinta, hakikat keimanan, manisnya iman dan sebab-sebab serta faktor pendorong bagi seorang mukmin meraih kemanisan iman. Wasiat agung yang ditinggalkan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam ini memberitahu kepada umatnya yang tercinta bahawa kemanisan iman bagi seorang hamba yang muslim tidak akan dapat dirasai melainkan dengan melakukan tiga perkara sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas yang menjadi topik utama perbahasan buku ini.