Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Misteri di Balik Sedekah

Misteri di Balik Sedekah
Terbitan: Pustaka Inabah
Product Code: Pustaka Inabah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 19 x 14 x 0.7

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM10.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Misteri di Balik Sedekah | Judul Asal (‘Arab): Asraaru wa ‘Ajaaib Ash-Shodaqah | Penulis: Samr Binti Muhammad Al-Jumahi | Penerbit: Pustaka Inabah | Berat: 100gram | Muka Surat: 105 m/s. (Soft cover)


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنْفِقُونَ وَلَسْتُمْ بِآخِذِيهِ إِلَّا أَنْ تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ

“Wahai orang-orang yang beriman, infaq-kanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu infaq-kan darinya, sedangkan kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan menjelingkan (atau memejamkan sebelah) mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Surah Al-Baqarah, 2: 267)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Katakanlah: “Sesungguhnya Rabb-ku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya).” Dan barang apa saja yang kamu infaq-kan, maka Allah akan menggantinya, dan Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba’, 34: 39)

Dari hadis Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

يَقُولُ الْعَبْدُ: مَالِي، مَالِي، إِنَّمَا لَهُ مِنْ مَالِهِ ثَلَاثٌ: مَا أَكَلَ فَأَفْنَى، أَوْ لَبِسَ فَأَبْلَى، أَوْ أَعْطَى فَاقْتَنَى، وَمَا سِوَى ذَلِكَ فَهُوَ ذَاهِبٌ، وَتَارِكُهُ لِلنَّاسِ

“Berkata para hamba, “Hartaku, hartaku... (dengan bangga).” Bukankah apa yang dari hartanya itu hanya tiga: (Iaitu) apa yang dia makan, maka ia akan habis. Atau apa yang dia kenakan dari pakaiannya, maka ia akan usang. Atau yang ia beri (sedekahkan), maka itulah sebenarnya harta yang dia kumpulkan. Dan apa jua harta yang selain dari itu maka ia akan pergi dan diberikan untuk orang-orang yang dia tinggalkan.” (Shahih Muslim, no. 2959)

Anas bin Malik berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

يَتْبَعُ المَيِّتَ ثَلاَثَةٌ، فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى مَعَهُ وَاحِدٌ: يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ، فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ

“Ada tiga hal yang akan mengiringi si mati, dua darinya akan kembali, dan hanya satu akan ikut bersamanya: (Iaitu) Keluarganya, hartanya, dan amalnya. Keluarga dan hartanya akan pulang, dan amalnyalah yang akan mengikutinya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6514)

Dalil-dalil ini menjelaskan bahawa di antara amal-amal dan harta-harta yang berharga sebagai bekal bagi kita di akhirat kelak adalah sedekah. Dan masih banyak lagi dalil-dalil lain yang menjelaskan tentang keutamaan, keagungan, dan kelebihan sedekah.

Jadi, ayuh sama-sama kita perbanyakkan amalan sedekah ini. Dan marilah sama-sama kita pelajari, selami, dan singkap misteri di balik sedekah ini secara syar’i, agar kita pun dapat mengamalkannya berdasarkan ilmu dan di atas panduan yang benar, kerana mencari redha Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sekaligus akan mendorong kita melaksanakannya dengan lebih sungguh-sungguh dan ikhlas.

Semoga buku ini akan membantu anda semua dalam melaksanakan amalan sedekah yang mulia ini dengan sebaik-baiknya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net