Judul: Ahkamul Janaiz, Tuntunan Pengurusan Jenazah & Ziarah Kubur | Judul Asal (‘Arab): Ahkamul Jana’iz wa Bida’uha | Penulis: Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420) | Penerbit: Ash-Saf Media | Berat: 700g | Muka Surat: 511m/s. (Soft cover) [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Kata Syaikh Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H):
“Keberadaan petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam pengurusan jenazah merupakan sebaik-baik petunjuk yang menyelisihi seluruh umat, dan mencakup secara lengkap terhadap syari’at kepengurusan jenezah serta amaliyah terhadap jenazah dengan sesuatu yang memberikan manfaat baginya di dalam kubur ataupun ketika di akhiratnya, mencakupi syari’at dalam memberikan akhlak baik kepada keluarga dan kerabat jenazah, serta terhadap perlaksanaan peribadatan bagi mereka yang masih hidup dalam kaitan amaliyah mereka kepada jenazah.
Dan termasuk dari petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam perihal jenazah adalah perlaksanaan penghambaan kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala dalam bentuk yang paling sempurna, memberikan sikap yang benar terhadap jenazah, menyiapkannya untuk menghadap Allah dalam bentuk yang paling baik dan utama, meletakkan jenazah dan memposisikan orang-orang yang mensolatkannya dalam shaf-shaf dalam rangka memuji Allah, beristighfar (memohonkan keampunan) bagi jenazah, memohonkan rahmat, serta kemafaan bagi jenazah, lalu berjalan mengiringi di hadapannya untuk memakamkannya pada liang lahat...”
Demikianlah sebahagian kecil dari mukaddimah panjang di buku ini oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah. Siapa tidak mengenal beliau. Seorang ulama hadis tersohor abad ini. Karya ini termasuk tulisan beliau yang mendapat sambutan baik dalam masyarakat dan menjadi rujukan para ulama serta penuntut ilmu lainnya.
Dengan methode ahli hadis dan fiqh, beliau pun menyiapkan karya bermanfaat ini.
Ya, semua kita telah maklum, setiap yang hidup di kalangan kita ini pasti akan mati. Oleh kerana itulah Rasulullah telah meninggalkan sunnah-sunnahnya bagaimana untuk menghadapi saat-saat kematian dan bermu’amalah dengan para jezanah, ahli keluarga mereka, ahli waris, dan juga adab-adab terhadap kuburan.
InsyaAllah melalui buku ini beliau merealisasikan tuntutan sunnah dalam menyebarkan ilmu yang syar’i lagi sahih berkaitan etika menghadapi saat-sat kematian dan pengurusan jenazah.
Penulis membahaskan setiap masalah dalam hal ini dengan begitu baik dan ilmiyah sekali. Setiap hadis yang dibawakan ditakhrij dengan begitu teliti menunjukkan keilmuan beliau dalam bidang hadis. Setelah itu, beliau mengupas pula kefahaman hadis-hadis tersebut dari sudut fiqh dan hukumnya berdasarkan pendapat-pendapat para imam mazhab dan kesimpulan yang terbaik darinya.
Di samping itu, beliau juga turut merungkai banyak sekali persoalan dan permasalahan yang berkaitan dengan hal pengurusan jenazah sehingga menjadi jelas bagi kita seperti soal talqin di kuburan, baca Al-Qur’an di kubur, berhari-raya di kubur, amal-ama yang bermanfaat untuk si mati, bentuk-bentuk solat jenazah yang datang dengan beberapa kaifiyat, dan seumpamanya.
Di antara tajuk-tajuk utama yang dibahaskan penulis adalah:
1, Kewajiban bagi orang yang sedang sakit atau dalam keadaan nazak; seperti kewajiban bersikap redha, sabar terhadap taqdir, tidak mengharapkan kematian, menunaikan hak orang lain, berwasiat.
2, Mentalqin orang nazak dengan syahadah dan tata caranya yang sunnah.
3, Kewajiban ahli keluarga atau sesiapa yang hadir terhadap orang yang meninggal dunia; seperti tindakan memejam mata si mati, mendoakannya, menutup dengan kain, menyelenggarakan jenazahnya, dan bergegas melunasi hutang-piutangnya.
4, Hal-hal yang dibolehkan untuk dilakukan oleh orang yang hadir seperti menyingkap wajah si mati, menciumnya dan menangisinya (tetapi bukan meratapinya sehingga ter-esak-esak).
5, Sikap bagi yang ahli keluarga dan mereka yang hadir; seperti sabar, redha terhadap taqdir, mengucapkan istirja’, dan sikap seorang isteri yang ditinggal mati si suami.
6, Ucapan dan kaedah ta’ziyah yang syari.
7, Perkara-perkara yang bermanfaat bagi si mati. Dan hal-hal yang diharakan bagi kerabat si mati seperti perbuatan meratap, menampar-nampar wajah atau tubuh, dan seumpamanya.
8, Adab-adab dalam memberi khabar kepada orang ramai tentang berita kematian.
9, Tanda-tanda khusnul khotimah yang sahih.
10, Pujian manusia terhadap si mati.
11, Perbahasan ilmiyah berkaitan pengurusan jenazah dari bab memandikan, tata cara mengkafankan, sifat solat jenazah, sehingga ke mengebumikannya.