Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Malapetaka Akhir Zaman karya Al-Hafiz Ibnu Katsir

Malapetaka Akhir Zaman karya Al-Hafiz Ibnu Katsir
Malapetaka Akhir Zaman karya Al-Hafiz Ibnu Katsir Malapetaka Akhir Zaman karya Al-Hafiz Ibnu Katsir
Terbitan: Pustaka As-Sunnah
Product Code: Pustaka As-Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 18 x 6

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM118.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Malapetaka Akhir Zaman | Judul Asal ('Arab): An-Nihayah fi Al-Fitan wa Al-Malaahim | Penulis: Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) | Tahqiq: Ishamuddin As-Shababthiy | Penerbit: Pustaka As-Sunnah | Berat: 2kg | Muka Surat: 1036.


Pada suatu masa akan datang di mana harta, anak pinak, ayah dan ibu serta sahabat handai tidak lagi dapat menghulurkan pertolongan, tidak mengenali di antara satu dengan yang lain. Masing-masing sibuk memikirkan diri masing-masing. Itulah masa yang akan tiba di hari kiamat yang pasti terjadi.
 
Sudahkah kita bersiap sedia menghadapinya? Suatu hari yang sangat dahsyat. Jadi, apakah jalan dan cara untuk berhadapan dengan hari tersebut di mana setiap individu bernama manusia akan menghadapinya.
 
Melalui kitab ini, al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan jalan-jalan yang mesti dilalui dan prinsip yang perlu dipegang oleh seseorang Muslim sementara masih di dunia supaya selamat di hari kemudian yang paling dahsyat sekali. Beliau juga memaparkan kepada para pembaca bukti-bukti yang sahih berkenaan betapa dahsyatnya hari kiamat serta rentetan peristiwa yang berlaku di dalamnya yang dimulai dengan munculnya dajjal, turunnya 'Isa ibn Maryam, munculnya kaum Ya'juj dan Ma'juj, hari hisab dan pembalasan, dan mizan (ditimbangnya amalan) serta keputusan sama ada ke Syurga mahu pun neraka.
 
Turut dibahaskan melalui buku ini adalah berkenaan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan setelah zaman Rasulullah, yang mana sebahagiannya telah pun berlaku. Di antara peristiwa-peristiwa akhir zaman yang dimaksudkan adalah seperti tercabutnya ilmu agama dari manusia, sedikitnya para ulama, ramai orang-orang bodoh mengaku dan dianggap ulama, berlaku banyak peperangan lisan dan fizikal, banyaknya pendusta agama, hilangnya amanah, banyaknya bangunan pencakar langit, hilangnya peri-kemanusiaan, berleluasanya fitnah wanita, bersemaraknya fitnah-fitnah muzik, dan banyak lagi lainnya.
 
Berkenaan fitnah akhir zaman lainnya tentang hampirnya kiamat pula adalah seperti kemuncullan dajjal-dajjal kecil (para pendusta) sebelum munculnya dajjal yang sebenar, matahari terbit dari barat, munculnya imam mahdi, turunnya 'Isa B. Maryam, munculnya Yakjuj dan makjud, huru-hara akhir zaman, dan seterusnya yang lain-lain sampai tiupan sangkakala. Kemudian dibahaskan sama adalah misteri setelah kematian, perjalanan di mahsyar, telaga Rasulullah, melintasi titian atau shirath, sehingga kemudian sekitar berkumpulnya makhluk di hadapan Allah, sifat-sifat neraka dan suasana di dalamnya, keadaan dan tangisan penduduk neraka, syafa'at Rasulullah, sifat-sifat syurga dan keindahan di dalamnya, karektor penduduk syurga, dan seterusnya banyak lagi lainnya dari rahsia-rahsia di akhir zaman.

Setiap kandungan dan hujahan disampaikan oleh Al-Hafiz Ibnu Katsir dengan penuh ilmiyah bertunjangkan dalil-dalil wahyu yang sahih. Ambillah iktibar dan pengajaran. Beruntunglah bagi yang mahu beriman. Semoga Allah menyelamatkan kita dari siksa-Nya yang amat dahsyat dan memberikan kepada kita petunjuk dan rahmat-Nya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net