Mulakan-lah dengan buku-buku aqidah, kerana agama itu dimasuki melalui pintu aqidah. Dan dari aqidah-lah para Nabi memulakan dakwahnya. Dengan aqidah yg benar, akan diterima-lah amalan. Dan aqidah yang benar adalah anak kunci ke Syurga.
Ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjelaskan prioriti (keutamaan) atau peringkat-peringkat dalam berdakwah kepada Mu’adz bin Jabbal yang akan diutus ke Yaman, beliau berpesan:
“Sesungguhnya engkau akan mendatangi kelompok ahli kitab, maka hendaklah yang pertama kali engkau dakwahkan kepada mereka adalah supaya mereka mentauhidkan Allah Ta’ala.” (Shahih Al-Bukhari, no. 7372)
Dan memang inilah yang menjadi keutamaan dan fokus utama manhaj dakwah para Nabi dan Rasul. Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan (yang terjemahan maknanya):