Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Titik Bekam 40 Penyakit

Titik Bekam 40 Penyakit
Terbitan: Thibbia
Product Code: Thibbia (1(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 19 x 15 x 1.2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM30.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Titik Bekam 40 Penyakit | Penulis: Dr. Wadda’ A. Umar & Yusuf Wibisono | Penerbit: Thibbia | Berat: 450gram | Muka Surat: 232 m/s.


Sebelum ini, pada buku-buku penulis yang telah berlalu, beliau telah membahaskan secara rinci tentang konsep perbekaman, bekam dalam perspektif Islam, titik-titik bekam, jenis-jenis penyakit yang boleh dirawat dengan perbekaman, keutamaan bekam, dan masalah-masalah berkaitan dengannya.

Jadi bagi edisi kali ini, buku yang baru sahaja diterbitkan ini, ia adalah usaha penulis dalam rangka menjawab persoalan-persoalan dan konflik yang sering muncul di kalangan pengamal bekam dan para dokter.

Para pengamal bekam memiliki cara pandang tersendiri yang sangat berbeza dengan cara pandang para dokter ketika menganalisa sesuatu penyakit dan ketika mengambil titik bekamnya. Umumnya para pengamal bekam menganalisa suatu penyakit berdasarkan teori kedokteran tradisional (seperti penggunaan istilah darah kotor, toksin, sumbatan darah, darah beku) yang tidak ada dalam istilah kedokteran moden.

Sementara para dokter pula sering mengguna-pakai cara pandang kedokteran moden bersama dengan istilah-istilah yang lebih rinci. Keadaan yang sering terjadi adalah para pengamal perbekaman selalu mencampuradukkan antara analisa penyakit secara tradisional dengan analisa perubatan atau kajian moden. Misalnya, istilah “darah bekam adalah darah kotor yang mengandung toksin, asid uric, kolesterol, dan sebagainya yang akan keluar saat dibekam.”

Analisa seperti ini sedikit membingungkan di sisi ilmu para dokter dan masyarakat yang selama ini memahami ilmu perubatan moden. Perbezaan cara pandang seperti ini sebenarnya menimbulkan akibat yang tidak baik bagi perkembangan dunia perbekaman. Selain menyukarkan ilmu bekam berkembang di kalangan para dokter dan dunia perubatan kontemporari, ia juga boleh menyebabkan timbulnya pandangan yang sinis dan penolakkan di kalangan sebahagian masyarakat.

Jadi, melalui buku ini penulis berhasrat untuk menemukan dan mengembalikan kaedah pemahaman dalam ilmu perbekaman ini bersesuaian dengan yang sepatutnya. Kerana, bekam adalah termasuk kaedah rawatan atau perubatan yang berasal dari kaedah perubatan tradisional yang telah sedia berkembang di era sebelum masehi lagi, manakala perubatan moden pula adalah kaedah rawatan baru yang hanya muncul beberapa tahun setelah masehi. Di samping itu, perbekaman pula adalah kaedah rawatan yang mendapat pengiktirafan dalam Islam. Jadi, kajian dan jawaban yang lebih tepat perlu dikemukakan secara kemas.

Dengan itu, tindakan yang paling tepat adalah memahami proses dan keadaan penyakit, menganalisa penyakit serta bentuknya, mendiagnosis (mengenal pasti) punca dan kesannya, dan kemudian barulah memilih titik bekamnya dengan menggunakan metode perubatan tradisional yang bersesuaian dengan jenis penyakit yang telah dikenal pasti dari pengesahan ilmu perubatan moden.

Kemudian, kerana metode perubatan tradisional yang valid selama ini adalah akupunktur, maka dalam buku ini titik-titik bekam bagi setiap penyakit yang dikemukakan pun adalah dengan berdasarkan titik-titik akupunktur.

Akhirnya kepada Allah kita kembalikan segala urusan dan kebenaran. Semoga bermanfaat buat semua.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net