Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Motivasi dan Panduan Menuntut Ilmu, Disertai Kisah-kisah Kesungguhan Para Ulama Dalam Belajar dan Mengajar

Motivasi dan Panduan Menuntut Ilmu, Disertai Kisah-kisah Kesungguhan Para Ulama Dalam Belajar dan Mengajar
Terbitan: Buana Ilmu Islami
Product Code: Buana Ilmu Islami
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.7 x 15.8 x 2.1

ISBN: 978979602600
Availability: In Stock
Price: RM64.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Motivasi dan Panduan Menuntut Ilmu, Disertai Kisah-kisah Kesungguhan Para Ulama Dalam Belajar dan Mengajar | Judul Asal (‘Arab): Al-Musawwiq ila Al-Qiro’ati wa Tholabil ‘Ilm  & Tadzkiratus Saami’  wal Mutakallim fii Aadabil Alim wal-Mutaalim | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh ‘Ali bin Muhammad Al-Imraan | Ta’liq/Syarah: Penyusun | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Al-Akh Dzulqornain dan Al-Akh Al-Munazil | Penerbit: Buana Ilmu Islami | Berat: 0.9kg | Muka Surat: 431m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 20.7cm (tinggi) x 15.8cm (lebar) x 2.1cm (tebal) | ISBN:  978-979-602-60-0 |


Seorang tokoh sastera/bahasa ‘Arab, Al-Jahizh (Wafat: 255H) mengatakan:

“Seseorang tidak akan mencapai nikmat ilmu yang memuaskan sampailah wang yang dia belanjakan untuk membeli buku-buku terasa lebih nikmat berbanding jika dia membelanjakannya untuk para wanita, memenuhi hobi, mendirikan bangunan-bangunan dan kenderaan yang mewah, atau perhiasan-perhiasan yang lainnya.”

Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) pernah berkata:

“Pernah ketika aku diserang oleh penyakit, maka dokter pun berkata kepada-ku, “Perbuatan engkau membaca buku dan menyampaikan ilmu itu akan membuat sakit-mu bertambah parah.” (Dokter mengarahkan agar beliau berehat)

Lalu Ibn Taimiyyah pun berkata, “Aku enggan untuk meninggalkannya. Aku mengajak-mu (dokter) untuk berhukum berdasarkan piawai kedokteran. Bukankah seandainya jiwa merasa gembira dan riang, maka beban tubuh akan terasa ringan, seraya mampu mengusir penyakit yang ditanggung?”

Dokter tersebut menjawab, “Ya.”

Lalu kata Ibnu Taimiyyah lagi, “Sesungguhnya jiwaku merasa gembira dengan ilmu. Dan atas sebab itulah tubuhku akan menjadi ringan dan lebih kuat sehingga aku pun merasa lebih bahagia dan nyaman.”

Kata dokter, “Tetapi ini di luar teknik rawatan kami.” (Raudhatul Muhibbin oleh Ibn Al-Qayyim, m/s. 70)

Al-Imam Ibn Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata:

“Kegemaran dan keasyikan penuntut ilmu itu lebih besar, melebihi kecintaannya terhadap yang lainnya. Banyak dari mereka yang komitmen dan fokusnya terhadap ilmu tidak akan mampu diganggu walaupun oleh wanita-wanita yang paling cantik sekalipun.”

Para ulama terdahulu sentiasa berlumba-lumba untuk memiliki pelbagai kitab-kitab penting dan berharga, saling beradu siapa paling dahulu mendapatkan, menyalinnya dan menguasainya (mempelajari dan memahaminya) sebagaimana yang akan kita lihat melalui buku ini. Mereka dahulu sanggup berusaha keras menyalin dan menulis kitab-kitab ilmu dalam rangka untuk dijadikan rujukan dan dipelajari, kerana pada zaman tersebut belum ada mesin cetak. Sehingga untuk memiliki sesebuah karya di bidang ilmu mereka terpaksa berjalan jauh, memakan masa yang panjang, menyalin atau mengupah orang untuk menyalinnya dengan tulisan tangan!

Perhatikanlah kisah Ibn At-Tabban, betapa gigih dan sabarnya beliau dalam membaca dan menuntut ilmu. Kata Al-Qadhi ‘Iyaadh, “Beliau banyak membaca dan pernah dikhabarkan bahawa beliau membaca Al-Mudawwanah (karya Imam Malik) sebanyak 1000 kali.”

Al-Imam Al-Muzani rahimahullah (Wafat: 264H) pula mengatakan, “Aku membaca Ar-Risalah (karya gurunya, Al-Imam Asy-Syafi’i) secara berulang-ulang semenjak 50 tahun lalu. Dan tidak pernah sekali saja aku membacanya melainkan aku pasti menuai faedah yang belum pernah aku ketahui sebelumnya.”

Demikian pula dikhabarkan bahawa Ibnu Taimiyyah rahimahullah penah beberapa kali menyalin kitab-kitab Sunan (dengan tulisan tangan) semisal Sunan Abi Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan yang lainnya.

Dan masih banyak lagi contoh-contoh lainnya yang akan kita telusuri dan fahami dari kesungguhan dan kelaziman sekian banyak para ulama terdahulu, seperti antaranya ramai dari mereka yang mempelajari dan membacakan (melalui hafalan berserta sanad-sanadnya) akan kitab Shahih Al-Bukhari kepada puluhan orang guru, ada yang 30 orang, 50 orang dan bahkan 100 orang guru.

Lalu bandingkan kesungguhan dan kualiti ketekunan mereka dengan kita saat ini?! Allaahul musta’aan... sungguh sangatlah jauh, sangatlah jauh. Betapa berkahnya kehidupan dan ilmu mereka, hasil dari kesungguhan, ketekunan dan keikhlasan mereka.

Semoga buku ini mampu menjadi motivasi buat para penuntut ilmu sekaligus menjadi bimbingan dan membentuk adab-adab yang baik dalam perjalanan menggapai ilmu-ilmu yang bermanfaat. Melahirkan jiwa yang sentiasa terus menerus dalam menuntut ilmu dan membentuk hati yang sentiasa tawadhu’ dan kembali kepada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mengetahui.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net