Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Jaga Agamamu!! (Syarah Nawaqidhul Islam)

Jaga Agamamu!! (Syarah Nawaqidhul Islam)
Terbitan: Buana Ilmu Islami
Product Code: Buana Ilmu Islami (9/2)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.9 x 16 x 1.7

ISBN: 9786029606973
Availability: In Stock
Price: RM48.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Jaga Agamamu!!! Jangan Sampai Murtad Tanpa Sadar | Judul Asal (‘Arab): Syarhu Nawaqidh Al-Islam Al-‘Asyrati | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Al ‘Allamah Dr. Soleh bin Fauzan bin ‘Abdillah Al-Fauzan | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Abu Abdillah | Penerbit: Buana Ilmu Islami | Berat: 491g | Muka Surat: 296 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23.9cm (tinggi) x 16.0cm (lebar) x 1.7cm (tebal) | ISBN: 978-602-9606-97-3 |


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ (102)

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam muslimun.”(Surah Aali-Imraan, 3: 102)

Allah telah mengingatkan orang-orang yang beriman agar terus-menerus menjaga agamanya dangan meningkatkan ketaqwaannya sehinggalah ajal datang menjemput. Keadaan seseorang di akhir hayatnya, adakah khusnul khatimah (ditutup pengakhiran yang baik) ataukah su-ul khatimah (ditutup dengan pengakhiran yang buruk) merupakan penentu kehidupan berikutnya kelak di akhirat.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيم

“Sesunguhnya amal-amal itu bergantung pada penutupnya (yakni pengakhirannya).”

Iblis telah bersumpah dan bertekad untuk mencari kawan sebagai penghuni Neraka dengan cara menyesatkan manusia.

Allah Ta’ala berfirman tentang iblis;

قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (82) إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ (83)

Iblis menjawab, “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.” (Surah Shaad, 38: 82-83)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengingatkan bahawa kehidupan dunia ini adalah penuh dengan fitnah (pancaroba), boleh jadi seseorang di pagi harinya dia beriman, namun di petang harinya dia telah kafir, atau sebaliknya. Lebih-lebih lagi di zaman sekarang, banyak sekali sebab-sebab yang boleh mendorong seseorang untuk lepas dan keluar dari agamanya, bahkan banyak yang tidak menyedarinya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا

“Bergegaslah untuk beramal soleh, kerana akan muncul banyak fitnah (pancaroba dan ketidakjelasan) seperti bahagian-bahagian malam yang gelap, di pagi harinya seorang beriman namun di petang harinya dia menjadi kafir. Atau seorang beriman di petang harinya namun menjadi kafir di pagi harinya, dia menjual (atau menukar) agamanya dengan sesuatu yang tidak bernilai untuk mendapatkan dunia.” (Hadis riwayat Muslim)

Namun bukanlah bermakna dengan itu semua, kita boleh langsung bermudah-mudah menuduh dan menuding orang itu dan ini telah kafir keluar dari agama Islam! Namun apa yang seharusnya kita lakukan adalah dengan membuat penilaian terhadap hal-hal pembatal keislaman ini kepada diri-diri kita sendiri, kita fahami dan pelajari agar kita pun mampu untuk sentiasa mewaspadai diri dan menjaga diri dari sebab-sebab kekufuran tersebut.

Semoga Allah memberi hidayah dan taufiq kepada kita untuk beramal dengan kebenaran tauhid seraya menjauhi sebab-sebab yang boleh membatalkan keislaman yang bakal diperjelaskan melalui buku ini.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net