Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Panduan Berakidah Yang Benar

Panduan Berakidah Yang Benar
Terbitan: Buana Ilmu Islami
Product Code: Buana Ilmu Islami
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.7 x 16 x 3.4

ISBN: 9796029606913
Availability: Out Of Stock
Price: RM70.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Panduan Berakidah Yang Benar | Judul Asal (‘Arab): Al-Irsyad ilaa Shahihil i’tiqad | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan hafidzahullah | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: ‘Ali | Penerbit: Buana Ilmu Islami | Berat: 962g | Muka Surat: 633m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.7cm (tinggi) x 16.0cm (lebar) x 3.4cm (tebal) | ISBN: 979-602-9606-91-3 |


Setiap manusia yang hidup di dunia ini pasti mempunyai keyakinan yang tertancap dalam sanubarinya. Hingga keyakinan tersebut memunculkan pelbagai gerak lisan dan tindakan anggota badan. Tutur-kata dan tindak-tanduk manusia merupakan gambaran dari apa yang tertanam dalam lubuk hatinya. Bila indah tedengar yang keluar dari lisannya, bila santun dan menyenangkan tingkahnya, maka itu pertanda ada kebaikan dalam hatinya. Kerana Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah menyampaikan bahawa iman seseorang sangat memberi kesan langsung pada etikanya. Bila mengingkat imannya, maka demikian pula adabnya. Dan apabila sedang merosot imannya, maka ikut menjunam pula moralnya.

Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, dan beliau mensahihkannya)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam seringkali mengaitkan keimanan seseorang dengan amalan praktis yang berkaitan dengan akhlak dan adab. Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda:

“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berbicara yang baik atau (kalau tidak mampu berbicara baik) dia diam. Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tetangganya. Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dari hadits di atas, dapat kita fahami bahawa orang yang lurus imannya, maka terpujilah akhlaknya. Dan apabila ada yang belum baik akhlaknya, maka itu petanda masih ada kekurangan dalam perkara aqidahnya, kerana itu marilah kita telusuri dan pelajari keyakinan dan aqidah kita agar selaras dengan aqidah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alahi wa Sallam.

Dan buku ini ‘‘Panduan Berakidah yang Benar’’ karya As-Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan –Hafizhahullah- yang judul asalnya (Edisi 'Arab) adalah ‘Al-Irsyad ilaa Shahihil i’tiqad’ merupakan salah satu buku yang punya usaha besar dalam memandu dan membimbing ummat untuk beraqidah secara benar, selamat dari takhayyul, bid’ah dan khurafat. Hingga mampu membuahkan generasi yang teguh aqidahnya, lurus pola fikirnya, santun tutur katanya dan penuh etika saat bergaul dengan yang lain.

Di antara judul-judul perbahasan utama buku ini adalah:

 1, Kewajiban mengenal aqidah Islam,

2, Dasar-dasar aqidah Islam,

3, Perbahasan imam kepada Allah,

4, Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah.

5, Sebab-sebab syirik dalam Tauhid Uluhiyyah,

6, Bahaya Syirik dan cara mewaspadainya.

7, Jenis-jenis Syirik,

8, Contoh-contoh syirik dan kupasannya; Tabarruk pada pokok dan batu, menemui tukang ramal, sihir, dan lain-lain.

9, Tauhid Al-Asma' wash-Shifat,

10, Perbahasan imam kepada malaikat,

11, Perbahasan imam kepada kitab-kitab Allah.

12, Perbahasan iman kepada Rasul.

13, Tanda Kenabian dan agama yang mereka bawa,

14, Isra' dan Mi'raj,

15, Kesempurnaan risalah yang dibawa Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam,

16, Perbahasan iman kepada hari Kiamat,

17, Hakikat Ruh,

18, Fitnah, nikmat, dan siksa Kubur,

19, Pertanyaan Malaikat di alam kubur,

20, Hari perhitungan amal,

21, Timbangan amal, Ash-Shiraat, Al-Haudh, dan Asy-Syafa'ah,

22, Syurga dan Neraka,

22, Perbahasan iman kepada Qadha dan Qadar,

23, Perbahasan Al-Wala' dan Al-Bara',

24, Ancaman bid'ah,

25, Memahami makna bid'ah dan bentuk-bentuknya,

26, Sebab munculnya bid'ah dalam kalangan kaum muslimin,

27, Sikap ahlus sunnah terhadap bid'ah dan para pelakunya,

28, Beberapa contoh bid'ah-bid'ah di masa ini,

serta beberapa lagi perbahasan-perbahasan yang lainnya diikuti rinciannya.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net