Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Air Zam-zam 500ml

Air Zam-zam 500ml
Air Zam-zam 500ml
Terbitan: Makkah Product
Product Code: Air Zam-zam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 9 x 9

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM13.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Item: Air Zam-zam 500ml | Produk: - | Berat: 0.55kg Isipadu: 500ml | Hubungi: 012-6887715 | Harga: RM13/botol.


Kami membekalkan dan mengedarkan air zam-zam untuk mereka yang memerlukannya dengan kadar kos yang berpatutan. Kawasan yang dapat kami capai buat masa ini adalah di sekitar Shah Alam. Bagi kawasan selain dari itu, penghantaran secara pos boleh diuruskan. Sila hubungi kami di 012-6887715 atau order terus online di website kami ini. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
 
Keutamaan Air Zam-zam
 
Keutamaan dan keistimewaan air zam-zam tidak dapat lagi disangkal kerana ia telah datang dengan jelas melalui dalil-dalil hadis yang sahih selain bukti-bukti melalui beberapa siri kajian sains kontemporari. Antaranya:
 
Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

خير ماء على وجه الأرض ماء زمزم فيه طعام من الطعم وشفاء من السقم

“Sebaik-baik air di atas muka bumi adalah air Zam-zam, padanya terdapat makanan (yang mengenyangkan) dan padanya juga terdapat penawar yang menyembuhkan penyakit.” (Ath-Thabrani, Al-Mu’jam al-Kabiir, no. 11167. Al-Jami’ ash-Shaghir, no. 5633. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Sahabat Nabi, Abu Ddzar menceritakan:

 وَلَقَدْ لَبِثْتُ يَا ابْنَ أَخِي ثَلَاثِينَ، بَيْنَ لَيْلَةٍ وَيَوْمٍ، مَا كَانَ لِي طَعَامٌ إِلَّا مَاءُ زَمْزَمَ، فَسَمِنْتُ حَتَّى تَكَسَّرَتْ عُكَنُ بَطْنِي، وَمَا وَجَدْتُ عَلَى كَبِدِي سُخْفَةَ جُوعٍ

“Wahai saudaraku, aku tinggal di sana (Makkah) tiga puluh hari antara malam dan siang. Aku tidak memiliki makanan kecuali air Zam-zam, sampailah perutku dipenuhi dengan air tanpa ada makanan lain untuk menghilangkan lapar melainkan air Zam-zam...”

... Kemudian beliau bertemu dengan Rasulullah. Rasulullah bertanya kepada beliau:

مَتَى كُنْتَ هَاهُنَا؟ قَالَ قُلْتُ: قَدْ كُنْتُ هَاهُنَا مُنْذُ ثَلَاثِينَ بَيْنَ لَيْلَةٍ وَيَوْمٍ، قَالَ: فَمَنْ كَانَ يُطْعِمُكَ؟ قَالَ قُلْتُ: مَا كَانَ لِي طَعَامٌ إِلَّا مَاءُ زَمْزَمَ فَسَمِنْتُ حَتَّى تَكَسَّرَتْ عُكَنُ بَطْنِي، وَمَا أَجِدُ عَلَى كَبِدِي سُخْفَةَ جُوعٍ

“Sudah berapa lama engkau di sini?” Aku (Abu Dzar) jawab, “sekitar tiga puluh hari, antara malam dan siang.”  Beliau bertanya lagi, “Jadi, siapa yang memberimu makan?” Abu Dzar jawab, “Aku tidak memiliki makanan melainkan hanya air Zam-zam. Aku kenyang hingga penuh perutku dan aku tidak menemukan makanan untuk menghilangkan rasa lapar.” Lalu Rasulullah pun bersabda:

إِنَّهَا مُبَارَكَةٌ، إِنَّهَا طَعَامُ طُعْمٍ

“Sesungguhnya ia adalah air yang diberkahi. Bahwasanya ia adalah makanan yang mengenyangkan.” (Shahih Muslim, no. 2473)

Imam Mujahid rahimahullah (Wafat: 103H) berkata:

زَمْزَمُ لِمَا شُرِبَتْ لَهُ، إِنْ شَرِبْتَهُ تُرِيدُ الشِّفَاءَ شَفَاكَ اللَّهُ، وَإِنْ شَرِبْتَهُ تُرِيدُ أَنْ يَقْطَعَ ظَمَأَكَ قَطَعَهُ، وَإِنْ شَرِبْتَهُ تُرِيدُ أَنْ تُشْبِعُكَ أَشْبَعَتْكَ هِيَ هَزْمَةُ جِبْرِيلَ، وَسُقْيَا اللَّهِ إِسْمَاعِيلَ

“Air Zam-zam diminum berdasarkan apa yang dihajatinya, jika engkau meminumnya dengan menginginkan kesembuhan, maka semoga Allah menyembuhkan engkau. Dan jika engkau meminumnya kerana ingin memutuskan dahaga maka Allah akan mencukupkan engkau. Dan jika engkau meminumnya kerana lapar, maka Allah akan mengenyangkan engkau. Ia adalah hasil galian Jibril, dan minuman yang Allah bekalkan untuk Isma’il.” (Mushannaf ‘Abdurrazzaq, no. 9124). [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Disunnahkan berdoa ketika meminumnya

Termasuk sunnah ketika minum air Zam-zam adalah berdoa dengan apa yang diinginkan berdasarkan adab-adab doa disyari’atkan, serta berniat dengan apa yang dihajatinya dari kebaikan dunia dan akhirat seperti untuk berubat, mengambil manfaat, atau yang seumpamanya.

Ibnu ‘Abbas radliyallahu ‘anhuma apabila meminum air Zam-zam, beliau berdoa (dengan doa):

اَللَّهُمَّ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعَا، وَرِزْقًا وَاسِعًا، وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ

“Ya Allah, aku memohon kepadamu ilmu yang bermanfaat, rizki yang lapang, dan kesembuhan dari segala macam penyakit”. (Sunan ad-Daruquthni, no. 2738. Mushannaf ‘Abdurrazzaq, no. 9112)

Kemudian, di antara adab ketika meminum air Zam-zam adalah sebagaimana dijelaskan pada sebuah riwayat dalam Sunan Ibni Majah dan selainnya:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى ابْنِ عَبَّاسٍ فَقَالَ لَهُ: مِنْ أَيْنَ جِئْتَ؟ فَقَالَ شَرِبْتُ مِنْ زَمْزَمَ فَقَالَ لَهُ ابْنُ عَبَّاسٍ: أَشَرِبْتَ مِنْهَا كَمَا يَنْبَغِي؟ قَالَ: وَكَيْفَ ذَاكَ يَا ابْنَ عَبَّاسٍ؟ قَالَ: إِذَا شَرِبْتَ مِنْهَا فَاسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ وَاذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ وَتَنَفَّسَ ثَلَاثًا وَتَضَلَّعْ مِنْهَا فَإِذَا فَرَغْتَ فَاحْمَدِ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ فَإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: آيَةٌ بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْمُنَافِقِينَ أَنَّهُمْ لَا يَتَضَلَّعُونَ مِنْ زَمْزَمَ

“Datang seorang lelaki kepada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma. Ibnu ‘Abbas bertanya kepadanya, “Dari mana engkau datang?” Ia menjawab, “Baru lepas minum Zam-zam.”

Ibnu ‘Abbas berkata, “Minumlah darinya mengikut keperluan.” Ia bertanya, “Bagaimanakah itu wahai Ibnu ‘Abbas?”

“Jika engkau minum darinya, maka mengadaplah ke arah kiblat, sebutlah nama Allah, bernafaslah tiga kali, dan perbanyaklah meminumnya. Kemudian apabila engkau telah selesai, maka pujilah Allah ‘Azza wa Jalla, kerana sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda: “Sesungguhnya di antara tanda yang membezakan antara kami dengan orang-orang munafiq adalah bahawasanya mereka tidak sudi memperbanyak minum air Zam-zam.” (Sunan ad-Daruquthni, no. 2736. Sunan Ibnu Majah, no. 3052)

Untuk keterangan lanjut tentang sejarah dan keutamaan air Zam-zam, para pembaca boleh merujuk ke website: http://www.ilmusunnah.com/?p=9070

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net