Judul: Panduan Lengkap Nikah | Judul Asal ('Arab): Adaabul Khithbah waz zifaaf min al-Kitaab wash Shahiihis Sunnah | Penulis: Syaikh Amru 'Abdul Mun'in Salim | Penerbit: Daar An-Naba' | Berat: 0.51kg | Muka Surat: 320m/s.
Masalah pernikahan merupakan masalah yang tidak pernah basi untuk dibahas dan dibicarakan. Kerana di di dalam pernikahan, di sana ia adalah merupakan sunnah syar’iyyah yang telah dilakukan oleh para nabi dan rasul serta manusia dari generasi awal dan akhir. Pernikahan juga merupakan sunnah kauniyah yang pasti diperlukan oleh manusia. Malahan pernikahan merupakan momentum yang sangat bererti dalam kehidupan seseorang. Biasanya setiap calon pengantin akan mempersiapkan diri sebaik mungkin bagi tujuan menghadapinya, sama ada fizikalnya ataupun dari sudut mental.
Salah satu persiapan penting yang dimaksudkan, adalah seorang calon pengantin itu sewajarnya mengetahui secara benar berkaitan tatacara dan prosedur pernikahan yang syar’i dari awalnya sehinggalah ke akhirnya. Buku ini memiliki keistimewaan dibandingkan dengan buku-buku lain yang mengupas persoalan pernikahan ini. Buku ini, di samping memiliki nilai ilmiyah yang tinggi berdasarkan sumber-sumber al-Qur’an, hadis, sunnah, atsar sahabat dan pandangan ulama, buku ini juga disajikan dengan kaedah penulisan yang mudah difahami bahasanya. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai perbahasan yang mungkin tidak terdapat di dalam buku-buku yang lain. Antaranya, ia membincangkan berkenaan persoalan nazhar (melihat calon isteri), kaffarat bagi suami yang menyetubuhi isteri dikala haid, permasalahan dalam melamar, majlis walimah yang sunnah, isu-isu masa kini yang berkaitan, dan seumpamanya.