Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Akidah Syi'ah Imamiyah, Tanya Jawab Mengenai Kerosakan dan Bahaya Akidah Syi'ah

Akidah Syi'ah Imamiyah, Tanya Jawab Mengenai Kerosakan dan Bahaya Akidah Syi'ah
Terbitan: Naashirus Sunnah
Product Code: Nashirus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.2 x 16.5 x 2.8

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM68.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Akidah Syi’ah Imamiyah, Tanya Jawab Mengenai Kerosakan dan Bahaya Akidah Syi’ah | Judul Asal (‘Arab): ‘Aqaid Asy-syi’ah Al-Its-na ‘Asyariyyah | Penulis: Syaikh ‘Abdurrahman bin Sa’ad bin ‘Ali Asy-Syastri | Penerbit: Nashirussunnah | Berat: 1.1kg | Muka Surat: 464 m/s. (Hard cover)


Syiah Imamiyah Its-na Asyariyyah (Syi’ah Imam Dua Belas) merupakan salah satu aliran Syi’ah dari sekian banyak aliran-aliran Syi’ah yang menamakan alirannya sebagai mazhab Ahlul Bayt. Tetapi apabila dibandingkan dengan aliran-aliran Syi’ah yang lain, aliran ini dinilai sebagai aliran Syi’ah yang paling ekstrim lagi paling berbahaya bagi agama, bangsa, dan negara. Penganutnya mendakwa hanya dirinya atau golongannya yang mengikuti dan mencintai Ahlul Bayt.

Dengan menggunakan strategi licik yang mereka namakan taqiyah (berdusta), iaitu menyembunyikan hakikat diri mereka dan menutupi i’tiqad mereka demi maslahat agama dan dunia mereka, aliran ini pun berkembang pesat dengan cara tersebut. Al-Kulaini, iaitu dari kalangan ulama besar mereka, beliau mengatakan, “Tidak ada agama bagi orang yang tidak bertaqiyah (berdusta).” Dan mereka juga menegaskan bahawa kekhalifahan Abu Bakr, ‘Umar, dan ‘Utsman tidaklah sah.

Disebutkan pula dalam salah satu riwayat mereka, “Sesungguhnya Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lebih mirip dengan ‘Ali ‘alaihis Salam dari seekor gagak dengan gagak lainnya.” Mereka juga mengatakan, “Jibril diutuskan oleh Allah untuk membawa wahyu kepada ‘Ali ‘alaihis salam, namun Jibril tersalah sehingga Jibril pun menurunkannya kepada Muhammad.”

Namun dengan strategi-strategi licik dan dusta, ramai umat Islam yang jahil termakan tipu-daya mereka sehingga akhirnya mereka pun keluar dari Islam dan menjadi Rafidhah (Syi’ah).

Oleh kerana itu atas sebab tersebut, buku tentang aqidah Syi’ah Its-na ‘Asyariyyah dalam bentuk tanya-jawab ini pun diterjemah, diterbitkan, dan disebarkan semoga boleh menjadi bekal dan pedoman membongkar hakikat sebenar wajah mereka.

Rekomendasi Ulama

Pada pengantar buku ini, dimuatkan rekomendasi dari Syaikh Soleh bin Muhammad Al-Luhaidan hafidzahullah, Anggota Hai’ah dan Ketua Kehakiman Kerajaan ‘Arab Saudi di mana beliau menegaskan padanya:

“Saya nasihatkan kepada setiap orang yang mendapatkan buku ini agar membacanya dengan cermat. Dalam buku ini mereka akan mendapati hal-hal yang menghairankan sekaligus “menggelikan hati”, iaitu yang akan membuat orang-orang berakal tercengang. Ini adalah kerana jika mereka (Syi’ah) membicarakan tentang para imam mereka, mereka akan menetapkan imam mereka jauh melampaui para Nabi, para Rasul, dan para malaikat, bahkan mereka berbicara tentang para malaikat dengan hal-hal yang tidak masuk akal. Para pembaca akan mendapati pelbagai perkara yang mencengangkan tersebut dalam buku ini, dan bagi orang yang berakal akan berkata:

“Tidakkah orang-orang Syi’ah ini memiliki akal fikiran?”

Adapun tentang kewalian, mereka berkata:

“Sesungguhnya kewalian itu lebih utama dari solat, zakat, haji, dan puasa.”

Ini tercantum dalam salah satu (kitab) yang menjadi sumber pokok ajaran mereka, iaitu kitab Al-Kafi. Mereka juga mengatakan tentang hari raya Al-Ghadir:

“Sesiapa yang mengingkarinya maka dia telah mengingkari Islam.”

Mereka mendakwa bahawa para imam mereka memiliki kedudukan yang tidak dapat dicapai oleh para malaikat yang dekat (dengan Allah), dan tidak pula seorang Nabi yang diutus. Mereka menganggap bahawa hal tersebut termasuk perkara yang bersifat pasti dalam ajaran mereka.

Mereka mendakwa bahawa keimaman (kewalian dan kepimpinan) memiliki kedudukan yang mulia, darjat yang tinggi, dan kekuasaan atas alam semesta, seluruh alam tunduk kepada kekuasaannya. Lalu manakah kekuasaan dan kedudukan mulia ini untuk menghindarkan mereka dari apa yang telah menimpa mereka dalam pelbagai peperangan? Di antara ucapan mereka:

“Sesungguhnya seorang ‘alim dari kalangan Syi’ah sama seperti Musa dan Harun ‘alaihis salaam.”

Boleh jadi diambilnya persamaan dengan Musa dan Harun disebabkan adanya hubungan lama mereka dengan Ibnu Saba’ Al-Yahudi, wallahu a’lam.

Sungguh saya tidak mahu mengisyaratkan apa yang dinukil dalam buku ini berupa kesesatan dan musibah (dari kaum Syi’ah). Tetapi saya lebih suka jika hal tersebut (tentang hakikat keadaan kaum Syi’ah) dapat dibaca (difahami) oleh seorang Sunni mahupun Syi’ah. Kerana tujuannya adalah agar kebenaran dan tanda-tandanya boleh dikenali, termasuk untuk mengungkap kebathilan dengan segala bentuk kesesatan dan kehinaan mereka....

... Oleh kerana itulah, saya menekankan kepada para penuntut ilmu dan sesiapa pun yang mencintai kemuliaan Islam agar membaca buku ini untuk mengenali jauhnya perbezaan antara Ahlus Sunnah dengan kaum Syi’ah tersebut. Sesungguhnya di sini kami berusaha untuk menerangkan kebenaran dan agar para penuntut ilmu tersebut menerangkan jalan yang membawa kepadanya. Di samping itu, agar para pengikut Sunnah dapat melihat apa yang dikatakan oleh para ulama Syi’ah tentang al-Qur’an, para sahabat, para malaikat, dan wahyu yang menurut mereka belum terputus...

... Demikian pula kepada para pemuda Syi’ah disarankan agar membaca buku seperti ini agar mereka dapat mengenali akal para syaikh mereka. Semoga hal tersebut dapat menjadi sebab bagi mereka meraih kebaikan dan meniti jalan-Nya yang telah Allah Subhanahu wa Ta’ala gambarkan dalam surah berikut:

وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan yang lain itu memecah-belahkan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.” (Surah al-An’aam, 6: 153)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menggambarkan jalan tersebut dengan membuat satu garis lurus, kemudian beliau membuat pula garis-garis yang banyak dan tidak lurus di sisi kiri dan kanannya. Beliau berkata tentang garis lurus tersebut:

“Ini adalah jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala.” Dan terhadap garis-garis yang lainnya beliau katakan:

“Ini adalah jalan-jalan yang lain lain, pada setiap jalan ini terdapat syaitan...” dan seterusnya.

Saya memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar memberikan manfaat melalui apa yang telah diajarkan-Nya kepada kita dan memberkahi apa yang telah diberikan-Nya. Saya juga memohon agar Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan manfaat melalui buku ini dan menyebarkannya di tengah-tengah manusia agar para pengikut kebenaran mengetahui apa yang disembunyikan oleh para pelaku kebathilan. Selain itu, agar orang-orang yang menginginkan kebaikan dari para pengikut ajaran Syi’ah Imam Dua Belas mendapatkan petunjuk, bagi yang berakal waras, lepas dari Yahudi dan berasa senang mengetahui kebenaran sekaligus dapat mengikutinya...”

Selain itu, buku ini juga turut mendapat semakkan dan rekomendasi daripada para ulama yang lainnya semisal Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman Al-Jibrin, Syaikh ‘Abdullah bin Muhammad Al-Ghaniman, Syaikh ‘Abdurrahman bin Soleh Al-Mahmud, dan Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman As-Sa’d.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net