Judul: Kunci Memahami Hadits Nabi | Penulis: Abu Yahya Badru Salam | Penerbit: Nashirussunnah | Berat: 200g | Muka Surat: 148m/s. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Dari hadis Zayd bin Tsaabit, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ غَيْرَهُ
“Semoga Allah memberi cahaya (di wajah) orang yang mendengar hadis dariku lalu menghafalnya sehingga dia menyampaikannya kepada yang lainnya.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2656)
Dari hadis ‘Abdullah bin Mas’oud, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مَقَالَتِي فَوَعَاهَا وَحَفِظَهَا وَبَلَّغَهَا، فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ
“Semoga Allah memberikan cahaya (di wajah) orang yang mendengarkan sabdaku lalu dia memahaminya, menghafalnya, dan menyampaikannya. Betapa banyak orang yang membawa fiqh kepada orang yang lebih faqih darinya.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2658)
Sufyan bin ‘Uyainah rahimahullah berkata:
“Tiada seorang pun dari ahli hadis melainkan di wajahnya terdapat cahaya berdasarkan hadis ini.” (lihat: Al-Qasimi, Qowa’id At-Tahdits, m/s. 48)
Demikianlah memang benar. Orang-orang yang menguasai hadis-hadis Nabi bercaya wajahnya. Iaitu dipenuhi dengan cahaya ilmu dan kefaqihan. Kebijksanaan dalam menangani dan mendepani isu-isu yang datang kepadanya. Setiap amal dan tindakannya dipenuhi dengan hikmah dan kebaikan.
Buku ini adalah antara buku yang ditulis bagi menggambarkan asas-asas ilmu hadis, bagaimana memahami hadis, mengambil hadis, dan bagaimana hendak berhukum dengan hadis-hadis Nabi. Di antara yang dibahaskan melalui buku ini adalah:
1, Keutamaan Ilmu Hadis, seperti bagi tujuan memelihara syari’at, sebagai jihad, bagi tujuan memahami agama.
2, Memahami Fiqh Hadis, bagaimana caranya, apa langkah-langkah dan disiplinnya.
3, Meneliti Keabsahan Hadis. Tahukah kita bahawa tidak setiap yang dinamakan dan disebut sebagai hadis itu adalah sahih, bahkan ia terbahagi kepada beberapa bentuk antaranya sahih, hasan, dha’if, maudhu’. Mengapa ini terjadi, dan bagaimana untuk mengenalnya?
4, Dan beberapa lagi yang selainnya tentang selok-belok asas-asas ilmu hadis turut dihuraikan dan dijelaskan.... [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]