Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Al-Qawa'id Al-Arba'

Syarah Al-Qawa'id Al-Arba'
Terbitan: Naashirus Sunnah
Product Code: Nashirussunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.7 x 14 x 0.7

ISBN: 9786027734715
Availability: Out Of Stock
Price: RM17.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Al-Qawa’id Al-Arba’ | Judul Asal (‘Arab): Syarhu Al-Qawa’id Al-Arba’ | Penulis/Penyusun: Syaikh Sa’ad bin Nashir Asy-Syatsriy | Tahqiq/Takhrij: -| Penterjemah: Muflih Safitra | Penerbit: Nashirus Sunnah | Berat: 152g | Muka Surat: 136 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.7cm (tinggi) x 14.0cm (lebar) x 0.7cm (tebal) | ISBN: 978-602-7734-71-5 |


Salah satu karya tulis mereka yang memiliki faedah yang sangat berharga adalah buku yang ada di tangan pembaca ini, yakni Al-Qawa’id Al-Arba’ yang ditulis atau disusun oleh Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab rahimahullah. Ia adalah risalah yang berisi empat kaedah penting dalam memahami kesyirikan. Di dalamnya penulis memaparkan bantahan terhadap syubhat (kerancuan) yang kerap dilontarkan kebanyakan pelaku syirik yang berselindung di balik jubah Islam demi mengaburi masyarakat. Ini adalah buku dalam rangka untuk menjelaskan hakikat kesyirikan yang mereka lakukan diikuti pencerahan terhadap syubhat-syubhat yang mereka sebarkan.

Kemudian Asy-Syaikh Sa’ad Asy-Syatsriy dalam salah satu majlis beliau di masjid ayahnya, Jami’ Nashir Asy-Syatsriy di kota Riyadh, beliau mensyarah risalah tersebut seraya memberikan ta’liqat pada poin-poin yang dianggap penting, sehingga lebih mudah difahami dan lebih luas faedah ilmu yang dapat dipetik darinya.

Syaikh memberikan izin tertulis kepada penerjemah untuk menerjemahkan dan mencetak beberapa kitab beliau tersebut, di antaranya adalah kitab Syarh Mutun Al-‘Aqidah yang memuatkan syarah beliau untuk risalah Al-Qawa’id Al-Arba’ ini.

Selanjutnya melalui pesanan pendek, penterjemah meminta izin beliau untuk mencetak Syarh Al-Qawa’id Al-Arba’ secara terpisah dari kitab aslinya dan beliau membenarkannya.

Dalam terjemahan ini, penterjemah melaksanakan beberapa hal sebagaimana berikut:

1, Menerjemahkan bahagian ketiga kitab Syarah Mutun Al-‘Aqidah, yakni Syarh Al-Qawa’id Al-Arba’.

2, Menjelaskan sebahagian kalimat yang sukar dengan memberikan makna penjelasnya dalam kurung (.... -pent) ataupun pada catatan kaki.

3, Mencantumkan takhrij untuk hadis yang tidak disebutkan takhrijnya pada kitab asli.

4, Mencantumkan rujukan tambahan untuk masalah tertentu yang diperlukan penjelasan maknanya, namun tidak dijelaskan oleh pensyarah pada kitab asli.

5, Menerjemahkan biografi Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab rahimahullah (disarikan dari Syarh Kasyf Asy-Syubuhat karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin) dan Syaikh Sa’ad bin Nashir Asy-Syatsriy rahimahullah (disarikan dari website peribadi beliau).

6, Membahagi buku terjemahan ini menjadi dua bahagian: (1) Terjemahan secara utuh matan asal Al-Qawa’id  Al-Arba’ oleh Syaikh Muhamamd bin ‘Abdil Wahhab (yakni diletakkan di bahagian awal buku) dan (2) terjemahan syarahnya (oleh Syaikh Sa’ad Asy-Syastriy). Ini bertujuan agar orang yang membacanya dapat terlebih dahulu memiliki gambaran cakupan perbahasan tentang isi teks aslinya sebelum dia membaca syarahnya (penjelasan dan huraiannya). Dengan demikian, para pembaca akan lebih cepat memahami maksud penulis dan pensyarah, sehingga proses pembelajaran pun lebih mudah.

Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan usaha penulis, pensyarah dan penterjemah buku ini sebagai amal yang ikhlas untuk Dia semata, tanpa tercampuri ketamakan terhadap dunia.

Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan buku ini bermanfaat dalam membentengi kaum muslimin dari kesyirikan.

Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala mematikan kita semua dalam husnul khatimah dan memasukkan kita ke dalam Syurganya kelak, amin.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net