Judul: Faedah dan Adab Menjenguk Orang Sakit | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Muhammad Sulhan Jauhari | Tahqiq/Takhrij: oleh penulis | Penterjemah: Penulis | Penerbit: Nashirussunnah | Berat: 42g | Muka Surat: 48 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 15cm (tinggi) x 10cm (lebar) x 0.4cm (tebal) | ISBN: 978-602-7734-54-8 |
Di antara cakupan utama perbahasan buku poket ini adalah:
>> Keutamaan dan ganjaran menjenguk Orang sakit.
>> Adba-adab menjenguk orang sakit.
Ketahuila bahawa menjenguk orang sakit adalah salah satu amalan yang mulia dan ianya termasuk salah satu hak seorang muslim yang seharusnya ditunaikan oleh muslim yang lainnya. Inilah yang telah dijelaskan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagaiman dalam sabdanya:
حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ» قِيلَ: مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ؟، قَالَ: «إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ، وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ، وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ
“Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam.” Sahabat bertanya, “Apa dia wahai Rasulullah?”
Rasulullah pun bersabda:
“Apabila engkau bertemu dengannya maka ucapkanlah salam, bila dia mengundangmu maka penuhilah, bila dia meminta nasihat maka nasihatilah dia, bila dia bersin dan memuji Allah maka jawablah (dengan ucapan yahamukallaah), bila dia sakit maka jenguklah, dan bila dia meninggal dunia maka hantarlah (yakni uruskanlah jenazahnya).” (Shahih Muslim, no. 2162)
Atas alasan inilah, maka risalah kecil ini dipersiapkan.
Semoga bermanfaat.