Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

20 Hadits Pilihan untuk Anak

20 Hadits Pilihan untuk Anak
Terbitan: Naashirus Sunnah
Product Code: Nashirussunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21.2 x 15.2 x 0.2

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM14.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: 20 Hadits Pilihan untuk Anak | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Fuad Hamzah Baraba’, Lc., Ari Mardiah Joban | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: - | Penerbit: Nashirussunnah | Penterjemah: - | Berat: 90gram | Muka Surat: 48 m/s. (Soft cover)


Mari kita ajarkan hadis-hadis penting ini kepada anak-anak kita. Semoga mereka dapat menghafal seraya mengamalkannya dalam kehidupan.

Apa itu hadits?

Hadits secara istilah adalah setiap ucapan, perbuatan, pengakuan, dan sifat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Hadits mempunyai sebutan lainnya, iaitu sunnah. Jadi, hadits disebut juga dengan sunnah.

Untuk apa kita belajar hadits?

>> Kita belajar hadits untuk mengenal agama Islam.

>> Kita belajar hadits untuk mengetahui bagaimana tata cara beribadah, sesuai dengan tuntutan Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam.

Ajaran Islam dibina di atas dua panduan (iaitu): Al-Qur’an dan Al-Hadits (Sunnah).

Keduanya mempunyai hubungan yang sangat erat. Bahkan banyak sekali ayat-ayat Al-Qur’an yang tidak akan dapat difahami dan diamalkan dengan benar serta tepat melainkan dengan keterangan-keterangan dari hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Demikianlah yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala atas agama ini.

Tahukah kalian apa keutamaan mempelajari hadits?

Di antara keutamaannya adalah memperelok wajah. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mendoakan orang yang mempelajari hadis-nya agar dielokkan wajahnya.

Beliau bersabda:

نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مَقَالَتِي فَوَعَاهَا وَحَفِظَهَا وَبَلَّغَهَا، فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ ثَلَاثٌ لَا يُغِلُّ عَلَيْهِنَّ قَلْبُ مُسْلِمٍ: إِخْلَاصُ العَمَلِ لِلَّهِ، وَمُنَاصَحَةُ أَئِمَّةِ المُسْلِمِينَ، وَلُزُومُ جَمَاعَتِهِمْ، فَإِنَّ الدَّعْوَةَ تُحِيطُ مِنْ وَرَائِهِمْ

“Semoga Allah mengelokkan (memberi cahaya) pada wajah seseorang yang mendengar sabdaku lalu dia memahaminya, menghafalnya, dan menyampaikannya. Berapa ramai orang yang membawa fiqh (kefahaman) kepada orang yang lebih faqih darinya. Ada tiga perkara yang tidak akan membuat dengki hati seorang muslim dengannya: mengikhlaskan amal kerana Allah, menasihati pemimpin kaum muslimin, dan melazimi jama’ah mereka (yakni bersatu di bawah pemerintah kaum muslimin – pent.) kerana do’a mereka meliputi (dan mengiringi) dari belakang mereka.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2658)

Al-Imam Ibnul Ibnu Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata:

ولو لم يكن في فضل العلم الا هذا وحده لكفى به شرفا فإن النبي صلى الله عليه و سلم دعا لمن سمع كلامه ووعاه وحفظه وبلغه

“Kalau seandainya tidak ada keutamaan menuntut ilmu (yakni ilmu hadis) kecuali hanya hadis ini, cukuplah ia sebagai kemuliaan. Kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mendoakan orang yang mendengar sabdanya, memahami, menghafal dan menyampaikannya.” (Miftah Daar As-Sa’aadah, 1/71)

Alhamdulillah dengan pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala buku ini selesai disusun. Buku ini dikemaskan untuk memperkenalkan hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada anak-anak, agar mereka mengenal sabda-sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sejak dini, sehingga dapat menumbuhkan rasa cinta mereka kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Dalam buku ini penyusun membatasinya dengan 20 hadis, dengan tujuan agar mudah dihafal. Dan sengaja dipilih hadis-hadis tersebut dengan hadis yang pendek-pendek yang berkaitan dengan kehidupan sehari-hari dalam rangka untuk menumbuhkan karaktor dan membentuk keperibadian serta budi pekerti yang sesuai dengan Islam. Di dalamnya turut dilengkapi dengan faedah-faedah bagi setiap hadis.

Semoga buku ini bermanfaat menjadi pembimbing dan pendorong adik-adik luar sana dalam membaca dan memplejari hadis-hadis Nabi yang mulia.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net