Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Meraih Pahala Besar Dengan Sedikit Amal

Meraih Pahala Besar Dengan Sedikit Amal
Terbitan: Naashirus Sunnah
Product Code: Nashirussunnah (14(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 15 x 10.2 x 0.6

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM10.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Meraih Pahala Besar Dengan Sedikit Amal | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Abu Yahya Badru Salam, Lc | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: - | Penerbit: Naashirussunnah | Penterjemah: - | Berat: 65gram | Muka Surat: 96 m/s. (Soft cover)


Setiap manusia memiliki tabiat ingin meraih kebaikan yang banyak, sama ada dalam urusan duniawi mahupun pahala ukhrawi. Akan tetapi, seseorang yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan hari akhirat lebih mengharapkan pahala akhirat berbanding kesenangan dunia yang sedikit kerana akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.

Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan seorang muslim untuk mencari akhirat tanpa melupakan dunia:

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا

“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia.” (Surah Al-Qashash, 28: 77)

Dahulu, kaum mukminin sibuk berlumba mencari pahala akhirat. Abu Dzarr radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Sesungguhnya beberapa orang dari sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya telah pergi membawa pahala yang banyak; mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun mereka dapat bersedekah dengan kelebihan harta mereka.” (Shahih Muslim, no. 1006)

Subhanallah! mereka iri hati kepada orang kaya bukan kerana harta kekayaan yang tidak mereka miliki, namun iri hati kerana orang kaya yang dapat berinfaq dan bersedeqah, sementara mereka tidak mampu meraih pahala besar seperti yang diraih oleh orang kaya tersebut. Beginilah persaingan dalam kalangan kaum mukminin. Seorang muslim sudah selayaknya memikirkan masa depannya di hari akhirat, kerana harta dan anak-anak pada hari itu tidak bermanfaat, kecuali seseorang yang membawa hati yang selamat, dan pahala yang besar agar dapat menyelamatkan dirinya dari api neraka.

Agar meraih pahala yang besar, kita sangat memerlukan ilmunya, kerana seseorang yang berilmu dapat meraih pahala yang besar dengan sedikit amal. Al-Imam Ibnu Al-Qayyim rahimahullah berkata:

“Seseorang yang berilmu, sedikit amalnya, namun lebih banyak pahalanya. Memang demikianlah realiti membuktikan, di saat para pekerja sangat penat-lelah bekerja, para jurutera hanya duduk memberi pengarahan dan melarang serta memperlihatkan tata caranya, namun gajinya jauh lebih tinggi berbanding para pekerja.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengisyaratkan kepada makna ini, sabdanya:

Iman yang paling utama adalah beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, kemudian jihad.

Dalam hadis tersebut disebutkan, jihad merupakan iman yang paling utama setelah beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sedangkan jihad adalah mengorbankan jiwa raga dan menghadapi kesusahan yang dasyat dan melelahkan, sedangkan iman adalah ilmu di hati, amal, dan pembenaran, dan ia merupakan amalan yang paling utama. Akan tetapi, bagi seseorang yang tidak memiliki ilmu, ia akan menganggap bahawa keutamaan terletak pada kesulitan yang dihadapi.

Oleh sebab itu, di sinilah fungsi ilmu. Dengan ilmu dapat diketahui martabat dan tingakatan amalan, mana yang afdhal dan mana yang tidak, mana yang unggul dan mana yang tidak. Namun bagi yang beramal tanpa ilmu, tidaklah seperti itu nilaiannya.”

Jadi, dari sini dapat diketahui bahawa ada beberapa perkara yang harus difahami agar amal-amal yang kita kerjakan akan mampu membuahkan pahala yang besar. Sama-sama kita telusurinya melalui buku ini.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net