Judul: Islam Agama Sempurna | Judul Asal (‘Arab): Al-Islaam Diinun Kaamil | Penulis: Syaikh Muhammad Al-Amin bin Muhammad Al-Mukhtar Asy-Syanqithi | Penerbit: Nashirussunnah | Berat: 220gram | Muka Surat: 104 m/s. (Soft cover)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama-mu dan telah Aku cukupkan atas kalian nikmat-Ku, dan telah Aku redhai bagi kalian Islam itu sebagai agama bagi kalian.” (Surah Al-Ma’idah, 5: 3)
Yang dimaksudkan dengan “pada hari ini...” adalah hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah tahun 10 Hijriyyah), iaitu pada hari Juma’at tatkala Haji Wada’. Ayat ini turun ketika Nabi ﷺ sedang wukuf (berhenti) di Padang ‘Arafah pada waktu petang di hari tersebut. Dan beliau hidup selama 81 hari setelah ayat ini turun.
Melalui ayat ini Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjelaskan bahawa Dia telah menyempurnakan agama Islam untuk kita. Maka agama ini tidak akan kurang selama-lamanya, dan tidak pula perlu kepada sebarang bentuk penambahan selama-lamanya. Oleh kerana itu jugalah Allah Ta’ala telah menutup seluruh Nabi dengan Nabi kita ﷺ.
Melalui ayat ini juga Allah telah menjelaskan bahawa Dia telah meredhai Islam menjadi agama bagi kita, sehingga Dia tidak akan murka terhadap agama ini selama-lamanya. Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan bahawa Dia tidak akan menerima selain dari agama Islam dari siapa pun. Kerana agama yang diterima di sisi-Nya hanyalah Islam, iaitu agama yang sempurna, agama penuh rahmat dan keselamatan.
Dan hal ini akan dijabarkan dan dirincikan lagi melalui buku ini oleh Syaikh Muhammad Al-Amin Asy-Syanqithi. Semoga kita dapat mengambil manfaat dan faedah.