Judul: Hafal Al-Qur’an Semudah Hafal Al-Fatihah | Judul Asal (‘Arab): Ihfazh Al-Qur’an Kama Tahfazh Al-Fatihah | Penulis/Penyusun: Duraid Ibrahim Al-Mosuli | Syarah/ta’liq: Penulis | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Abdurrahman Azzam | Penerbit: Aqwam | Berat: 400g | Muka Surat: 216m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 22.9cm (tinggi) x 15cm (lebar) x 0.9cm (tebal) | ISBN: 978-979-039-735-4 |
Tentu ramai di antara kita yang memiliki impian untuk mampu menghafal Al-Qur’an. Tetapi tidak banyak yang serius untuk menempuh jalan mencapainya, atau mungkin belum mengetahui caranya yang sepatutnya.
Melalui buku ini, Syaikh Duraid Ibrahim Al-Mosuli memaparkan jalan yang mampu kita tempuh untuk menghafal Al-Qur’an semudah menghafal Al-Fatihah, suatu surah yang hampir seluruh kaum muslimin menghafalnya.
Bukan sekadar teori, tetapi metode yang dipaparkan melalui buku ini telah beliau buktikan langsung dan telah membantu kepada kejayaan menghafal Al-Qur’an. Cepat atau lambat, banyak atau sedikit bukanlah isunya, tetapi yang penting adalah sejauh mana kita bersungguh-sungguh dan istiqomah untuk mempertahankan apa yang telah dan hendak kita hafalkan.
Buku ini mengandungi jadual dan mapping yang sangat membantu serta mudah diikuti, padanya berisi susunan ayat-ayat yang harus dihafal serta dimuroja’ah (diulang-kaji) mengikut masa tertentu.
Buku ini juga membantu kita semua agar mampu menghafal secara istiqomah dan sistematik, terbimbing dan lebih fokus. Penulis juga menjelaskan kaedah-kaedah terbaik dalam melakukan muroja’ah (ulangkaji).
Ketahuilah bahawa Allah Ta’ala berfirman (terjemahan maknanya):
“Sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Qur’an untuk dihafal.” (Surah Al-Qomar, 54: 17, 22, 32, 44)
Dan hari ini telah dapat kita saksikan banyaknya kaum muslimin yang diberikan kemampuan menghafal Al-Qur’an, dari pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira usia dan pekerjaan.
Semoga Allah Ta’ala memberikan kepada kita kemampuan untuk turut sama menghafalkannya dan memahaminya dengan baik.