Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fikih Kontemporer, Wanita & Penikahan, Berisi 500 Tanya Jawab Masalah Aktual

Fikih Kontemporer, Wanita & Penikahan, Berisi 500 Tanya Jawab Masalah Aktual
Terbitan: Aqwam
Product Code: Aqwam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.4 x 15.7 x 3.2

ISBN: 9789790393721
Availability: In Stock
Price: RM54.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fikih Kontemporer, Wanita & Penikahan, Berisi 500 Tanya Jawab Masalah Aktual | Judul Asal (‘Arab): Aktsar Min 500 Sual fin Nikah wa Ahkamil Mar’ah | Penulis/Penyusun: Muhammad Samih Umar | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Ibnu Abdil Bari | Penerbit: Aqwam | Berat: 876g | Muka Surat: 590 m/s (Hard cover) | Ukuran buku: 23.4 cm (tinggi) x 15.7 cm (lebar) x 3.2 cm (tebal) | ISBN:  978-979-0393-72-1 |


Menekuni buku-buku fikih bukan bermakna telah mampu untuk menjawab pelbagai persoalan yang dihadapi masyarakat. Kerana ia sebenarnya memerlukan seni, kebijaksanaan, hikmah, pandangan yang tajam, dan kepakaran agar jawaban yang diberikan mampu difahami, mengena dan bersesuaian dengan apa yang diperlukan oleh penanya.

Apatah lagi memang persoalan bagi sesuatu permasalahan itu beraneka-ragam bentuknya dan bahkan adakalanya tampak pelik dan mengelirukan. Dari sebab itulah, fatwa-fatwa dan methode jawaban dari para ulama sangatlah penting dan diperlukan. Buku ini berisi sekitar 500 tanya jawab pilihan berkaitan hukum-hukum terkait wanita dan isu-isu pernikahan.

Di antara contoh persoalan fikih yang dibahaskan di buku ini adalah semisal:

>> Bolehkah seorang gadis menolak dari dinikahkan dengan pemuda pilihan orang tuanya?

>> Bila seorang isteri telah dianggap sah telah diceraikan suami?

>> Secara hukum Islam, zhihar itu dari pihak suami, tetapi jika seorang isteri melakukan zhihar adakah itu juga mungkin terjadi?

>> Apa hukum bagi seorang ibu yang tidur di sisi bayinya lalu disedari pada pagi harinya bayinya telah meninggal?

>> Jika seorang suami marah lalu mengucapkan kata-kata cerai kepada isterinya, adakah cerai tersebut berlaku? Bagaimana pula jika seorang suami mentalak tiga sekaligus kepada isterinya?

>> Bagaimana batas aurat seorang perempuan sesama mahramnya, dan kerabatnya?

>> Adakah seorang anak wajib mentaati orang tua yang memerintahkannya menceraikan isterinya?

InsyaAllah dengan membaca buku ini, anda akan mendapati hal-hal menarik dan unik. Anda juga akan mendapatkan ilmu bagaimana para ulama menerapkan hukum-hukum fikih dalam setiap jawaban dari pertanyaan yang diajukan penanya.

Dengan teliti, penyusun buku ini yakni Syaikh Muhammad Samih ‘Umar mengumpulkan fatwa-fatwa khusus tentang persoalan wanita dan pernikahan ini dari para ulama terkemuka masa kini, yang krebiliti dan autoriti kelilmuannya tidak diragukan lagi. Di antaranya adalah semisal:

Asy-Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alu Syekh rahimahullah (Mufti ‘Arab Saudi yang pertama dan merupakan antara guru kepada para ulama besar yang ada masa kini),

Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullah (ulama tafsir terkenal dan merupakan penyusun Tafsir As-Sa’di),

Asy-Syaikh ‘Abdurrazaq ‘Afifi rahimahullah (ketua di badan fatwa Lajnah Ad-Daa’imah pada masanya)

Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz rahimahullah (Mufti besar ‘Arab Saudi yang kedua dan ketua di badan fatwa Lajnah Ad-Daa’imah pada masanya),

Asy-Syaikh Muhammad Nashirudin Al-Albani rahimahullah (ulama besar dalam bidang hadis masa kini),

Asy-Syaikh Muhammadn bin Shalih ‘Utsaimin rahimahullah,

Asy-Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan hafidzahullah,

Dan tidak ketinggalan, sebahagian fatwa-fatwa dari Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Ifta’ (‘Arab Saudi).

Semoga bermanfaat.


Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net