Judul: Kenapa Harus Shalat Berjama’ah | Judul Asal (‘Arab): Ahammiyyatu Ash-Shalaatil Jama’aati fii Dhau An-Nushush wa Siyarish Shaalihin | Penulis/Penyusun: Dr. Fadhl Ilahi | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Ummu Najib ‘Abdillah | Penerbit: Aqwam | Berat: 200g | Muka Surat: 147 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.5 cm (tinggi) x 14 cm (lebar) x 0.8cm (tebal) | ISBN: 978-979-0390-102 |
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
يَوْمَ يُكْشَفُ عَنْ سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ (42) خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ وَقَدْ كَانُوا يُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ وَهُمْ سَالِمُونَ
“Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud; maka mereka tidak mampu, (dalam keadaan) pandangan mereka tunduk ke bawah, serta diliputi kehinaan. Dan sesungguhnya mereka dahulu (di dunia) diseru untuk bersujud, dan mereka dalam keadaan sejahtera.” (Surah Al-Qalam, 68: 42-43)
Kata Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, “Bahawa mereka mendengar adzan dan seruan untuk solat (berjama’ah), tetapi mereka tidak memenuhinya.”
Kata Ibn Al-Jauzi, “Dalam ayat ini terdapat ancaman bagi orang yang meninggalkan solat jama’ah.”
Namun sangat disayangkan pada hari ini, solat jama’ah seakan menjadi anak tiri yang dilupakan kebanyakan orang. Adzan yang berkumandang di masjid-masjid bagi sebahagian umat Islam, seakan tak lebih dari sekadar menandakan masuknya waktu solat. Aktiviti duniawi terus berlanjut, terasa berat untuk ditinggalkan... sehingga hanya menyisakan waktu yang sedikit untuk mendirikan solat, itu pun sebatas menutupi kewajiban, bukan untuk menyempurnakannya. Pelbagai keutamaan dan fadhilat yang besar dari solat jamaah dilalaikan, seakan tidak memberikan makna dan tidak memberikan semangat untuk digapai.
Padahal, solat yang sempurna adalah petanda kebahagiaan atau kesengsaraan seorang hamba di akhirat kelak. Sampai-sampai Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mengancam siapa yang tidak hadir untuk solat jama’ah di masjid dengan membakar rumahnya. Bahkan, dalam keadaan sengitnya peperangan pun, Rasulullah dan para sahabatnya tetap melaksanakan solat secara berjama’ah. Seharusnya kita peka dan mengambil berat perkara ini!
Lalu, apakah keistimewaan solat jamaah? Bagaimana tentang hukumnya? Tidak cukupkah solat fardhu dilaksanakan secara sendirian di rumah sahaja?
Alhamdulillah, buku ini mengupas secara tuntas dan lugas tentang pertanyaan tersebut, bahkan lebih luas. Pelbagai mutiara ilmu dan keutamaan solat jamaah, pendapat para ulama, adab-adab berjama’ah, dan contoh sikap para salaf (generasi terdahulu) terhadap solat berjama’ah dipaparkan oleh penulis. Sebuah mutiara penjelasan yang menjadi jawaban berharga bagi sebuah pertanyaan, “Kenapa harus Solat Berjama’ah?”
Semoga bermanfaat.