Judul: Shalat Tapi Keliru | Judul Asal (‘Arab): Ithaful Muslimin Bidzikri Akhthoil Mushollin | Penulis/Penyusun: Shalahudin As-Sa’id | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Agus Wadi | Penerbit: Aqwam | Berat: 314g | Muka Surat: 232 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23.0 cm (tinggi) x 15.1 cm (lebar) x 1.1cm (tebal) | ISBN: 978-979-0390-71-3 |
Meskipun telah melaksanakan solat bertahun-tahun, belum tentu solat kita seratus peratus telah benar, atau sentiasa benar, tidak pernah tersalah. Sebab, tanpa disedari banyak sekali bacaan, amalan atau gerakan-gerakan solat yang belum selari dengan petunjuk Nabi, bahkan sering sekali tatkala kita melihat 10 orang solat dalam masa yang sama, namun ternyata 10 orang tersebut pasti ada perbezaan satu sama lainnya. Padahal Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berpesan, “Solat-lah sebagaimana kalian melihat aku solat.”
Dengan demikian, setiap Muslim seharusnya memerhatikan dan mengambil berat perkara semisal ini yang dapat mengurangi kesempurnaan solatnya. Lebih-lebih lagi, kualiti solat sangat berkait erat dengan pahala yang akan didapatkan di akhirat dan solat merupakan amalan pertama yang bakal dihisab kelak.
Di antara perbahasan yang terkandung di dalam buku ini adalah seperti:
>> Haruskah makmum tetap membaca Al-Fatihah meski dalam solat jahr (Maghrib, Isya’, dan Subuh)?
>> Benarkah merapatkan shaf hanya dengan menempelkan jari kaki kepada kaki jama’ah lainnya?
>> Bolehkah menambah lafaz “sayyidina” dalam shalawat ketka tahiyat dalam solat?
>> Siapa yang lebih berhak menjadi imam, yang paling tua atau yang paling bagus bacaanya?
>> Bolehkah solat sambil menahan kencing dan kentut?
>> Bolehkah menguap tanpa menahannya atau menutupnya dengan tangan ketika solat?
>> Apa hukum memejamkan mata ketika solat?
>> Bolehkah melekapkan pergelangan tangan ke lantai ketika sujud?
>> Bilakah waktu yang disunnahkan takbir sambil mengangkat tangan ketika dalam solat?
>> Adakah terdapat dalil meletakkan posisi sedekap dua tangan di bahagian kiri (hati) ketika qiyam dalam solat?
>> Bagaimana hukum solat dalam keadaan tergesa-gesa?
>> Bolehkah imam memulakan solat tanpa memastikan saf para makmumkan sama ada telah lurus atau belum?
Dan masih banyak lagi perbahasan kekeliruan yang banyak dilakukan tanpa sedar ketika solat, sama ada solat sendirian atau pun berjama’ah, sama ada dia imam mahupun makmum.
InsyaAllah, temukan perbahasan dan kupasannya melalui buku ini.
Semoga bermanfaat.