Judul: Amalan Sunnah Setahun, Menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Al-Ustaz Yazid bin ‘Abdul Qadir Jawas | Ta’liq: Penyusun | Tahqiq/Syarah: Penyusun | Penterjemah: Penulis | Penerbit: Pustaka Khazanah Fawa’id | Berat: 1219g | Muka Surat: 677m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.6cm (tinggi) x 18cm (lebar) x 3.6cm (tebal) | ISBN: 978-602-61392-1-4 |
Inilah buku “Amalan Sunnah Setahun” yang di dalamnya sarat memuatkan himpunan amalan-amalan sunnah yang dapat menjadi panduan setiap kaum muslimin dan muslimah dalam beramal dan mengisi waktu-waktu sepanjang kehidupannya dunia ini.
Penentuan dan penetapan sesebuah amalan adalah hak muthlaq Allah Subhanahu wa Ta’ala. Demikian pula dengan kaifiyat, waktu, dan keutamaan-keutamaannya, itu semua adalah hak Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka, kita sebagai kaum muslimin yang beriman, tugas kita sebagai hamba yang ikhlas mengabdikan diri kepada-Nya, adalah beramal dengan sedaya-upaya kita sebatas berdasarkan amalan-amalan yang Dia telah tetapkan dan sebagaimana yang diajarkan serta dianjurkan oleh Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Ini semua dalam rangka meraih kedudukan terbaik dari sisi-Nya, kita beramal dengan ikhlas (bertauhid) dan penuh ittiba’ (mencontohi Rasul-Nya).
Maka, buku ini adalah sebuah buku yang terdiri dari 27 bab, dan di antara rangkuman perbahasan utamanya adalah sekitar:
1, Prinsip Setiap Muslim Dalam Memanfaat dan Mengisi Waktu.
2, Menuntut Ilmu Syar’i Sebagai Amalan Harian Seorang Muslim.
3, Tauhid sebagai Semulia-mulia Amalan.
4, Meningkat Kualiti Amalan.
5, Sunnah-sunnah Yang Berkaitan Dengan Wudhu’ dan Thaharah.
6, Sunnah-sunnah yang berkaitan dengan solat.
7, Sunnah-sunnah yang terkait dengan dzikir.
8, Sunnah-sunnah yang terkait dengan solat-solat nawafil/sunnah.
9, Sunnah-sunnah dalam Solat berjama’ah.
10, Sunnah-sunnah bagi para musafir.
11, Sunnah-sunnah dalam solat Juma’at.
12, Sunnah-sunnah dalam solat Jenazah.
13, Sunnah-sunnah yang berkaitan dengan Puasa.
14, Sunnah-sunnah yang berkaitan dengan Tidur, Mandi, Makan, Siwak, Masuk/Keluar Rumah, Hujan, dll.
15, Sunnah-sunnah yang terkhusus dengan bulan-bulan hijriyyah.
16, Amalan Sunnah dan Bid’ah di sepanjang tahun.
17, Mewaspadai Perosak Amalan.
18, dan banyak lagi yang lainnya.
Semoga bermanfaat.