Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fikih Al-Manhaji, Kitab Fikih Lengkap Imam Asy-Syafi'i

Fikih Al-Manhaji, Kitab Fikih Lengkap Imam Asy-Syafi'i
Fikih Al-Manhaji, Kitab Fikih Lengkap Imam Asy-Syafi'i Fikih Al-Manhaji, Kitab Fikih Lengkap Imam Asy-Syafi'i
Terbitan: Darul Uswah
Product Code: Darul Uswah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 16.5 x 8.8

ISBN: 9789798143182
Availability: In Stock
Price: RM177.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fikih Manhaji, Kitab Fikih Lengkap Imam Asy-Syafi’i | Judul Asal (‘Arab): Al-Fiqh Al-Manhaji ‘ala Al-Mazhab Al-Imam Asy-Syafi’i | Penulis/Penyusun: Dr. Musthafa Al-Bugha, Dr. Musthafa Al-Khinn, dan ‘Ali Asy-Syurbaji | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Misran dan Team Darul Uswah | Penerbit: Darul Uswah | Berat: 2.1kg | Muka Surat: 2 jilid lengkap (Hard cover) | Ukuran buku: 24.5cm (tinggi) x 16.5cm (lebar) x 8.8cm (tebal) | ISBN: 978-979-8143-18-2 |


Fiqh (atau disebut juga sebagai feqah) merupakan juzuk bidang ilmu yang membicarakan dan menyimpulkan soal hukum-hakam dalam pelbagai aspek kehidupan manusia dan sangat penting untuk dipelajari dan difahami. Dengan pengetahuan tentang fiqh yang memadai, seorang Muslim akan mampu membezakan mana amalan yang tergolong wajib, sunnah, mubah, makruh, ataupun haram. Sehingga setiap perkara yang dikerjakan oleh kaum Muslimin tidak sia-sia kerana diikat dengan disiplin ilmiyah yang berpijak di atas dalil-dalil yang boleh dipertanggungjawabkan, yakni Al-Qur’an dan Al-Hadis.

Banyak buku yang membahaskan persoalan fiqh ini, dan ia termasuk bidang perbahasan yang sangat luas dan sentiasa berkembang dari masa ke masa, namun punya dasar dan disiplin yang manpan. Ada ulama yang membahas dan menjabarkannya secara panjang lebar, ada pula ulama yang menulis secara ringkas, dan ada yang menyusunnya secara sederhana. Ada ulama yang mengulas persoalan-persoalan yang besar bersesuaian dengan kapasiti ilmu yang dikuasasi dan tuntutan keperluan semasa, sementara sebahagian lainnya lebih bersederhana dengan membicarakan persoalan-persoalan yang asas dan ringan bersesuaian dengan keperluan kalangan pemula dan penuntut ilmu.

Buku ini merupakan terjemahan dari kitab fiqh yang membahaskan persoalan-persoalan fiqh secara global, konprehensif, namun dalam format yang ringkas dan mudah, bersesuaian dengan keperluan para penuntut ilmu di peringkat dasar dan sederhana yang sedang mengorak langkah menuju peringkat lebih tinggi. Perbahasannya komprehensif kerana bermula dari asas-asas keperluan seorang muslim dalam ibadah, yakni thaharah (bersuci), mandi, adzan, waktu-waktu solat, solat dan tata caranya, sunnah-sunnah dan adab-adab solat, solat-solat sunnah, pengurusan jenazah, puasa, zakat, haji, korban, aqiqah, lalu kemudian diteruskan ke bab pernikahan, kekeluargaan atau munakahat, lalu diteruskan dengan waqaf, wasiat, dan faraidh, kemudian diteruskan dengan mua’amalah dan jual-beli (sewa-menyewa, riba, pinjaman, dll.), kemudian bab kepimpinan dan siyasah syar’iyyah, lalu ditutup dengan bab jinayat, hudud, dan ta’zir dan yang terkait dengannya.

Iainya tergolong kitab fiqh yang ringkas dan mudah, atau dari kategori sederhana kerana perbahasannya yang fokus dengan dalil-dalil asas lalu diikuti dengan huraian sederhana bersesuaian dengan methologi mazhab Asy-Syafi’i. Padanya juga disertakan hikmah-hikmah pensyari’atan, dan menyentuh sebahagian isu-isu masa kini yang terkait dengan perbahasan sehingga menjadi lebih mengena untuk membantu kefahaman.

Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji ini adalah sebuah kitab fiqh yang manhaj atau menthodologi perbahasannya bertunjangkan kepada huraian dan kesimpulan-kesimpulan fiqh dari kitab-kitab Syafi’iyyah. Mengambil kira hal ini, maka kitab ini amat bersesuaian dengan suasana semasa dan keadaan masyarakat setempat kita di Malaysia yang dikatakan berpegang dengan fiqh Mazhab Asy-Syafi’i. Lalu di sini kita akan dapat melihat sendiri hakikat sebenar fiqh mazhab asy-syafi’i tersebut dengan lebih murni dan langsung yang dituangkan dari kitab-kitab mereka.

Selain itu, kitab ini termasuk kitab yang baik untuk dijadikan sebagai pedoman dalam membina kefahaman dasar fiqh seseorang muslim untuk beramal, terlebih khusus lagi bagi para penuntut ilmu sebelum pergi kepada kitab-kitab dan perbahasan yang lebih besar.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net