Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Pelaksanaan Ibadat Bersuci, Solat dan Puasa Bagi Orang Yang Uzur Syarie Menurut Mazhab Empat

Pelaksanaan Ibadat Bersuci, Solat dan Puasa Bagi Orang Yang Uzur Syarie Menurut Mazhab Empat
Terbitan: Al-Hidayah Publication (KL)
Product Code: Al-Hidayah Publications
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 14.3 x 1.1

ISBN: 9789674390365
Availability: In Stock
Price: RM16.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Pelaksanaan Ibadat Bersuci, Solat dan Puasa Bagi Orang Yang Uzur Syarie Menurut Mazhab Empat | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Mohd. Allnurulhuda bin Ghazali Al-Madani | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Penulis | Penerbit: Al-Hidayah Publications | Berat: 240g | Muka Surat: 213 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 21cm (tinggi) x 14.3cm (lebar) x 1.1cm (tebal) | ISBN: 978-967-439-036-5 |


Masih ramai dalam kalangan masyarakat Islam sekarang tidak begitu jelas tentang kewajiban ibadah semasa berada dalam keuzuran syar’ie. Malah ada yang terus meninggalkan ibadah fardhu disebabkan keuzuran yang mereka hadapi, sedangkan ibadah fardhu seperti solat fardhu itu wajib dilaksanakan dalam apa jua keadaan yang membolehkan bersolat seperti yang dijelaskan di dalam Al-Qur’an dan Hadis.

Maka adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap muslim untuk wajib menunaikan ibadat yang difardukan ke atas mereka sebagai mematuhi perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala terhadap hambanya yang mukallaf. Ibadat yang ditunaikan hendaklah dilaksanakan dengan sempurna mengikut kemampuan masing-masing tanpa ada alasan untuk tidak melakukannya walaupun berada dalam situasi uzur, sakit, cedera dan sebagainya. Sebagai contoh, segelintir pesakit yang berada di wad-wad hospital tidak menunaikan solat, dengan alasan tidak tahu cara-cara bersuci dan solat bagi pesakit. Sedangkan dalam syara’ telah wujud tatacara bersuci dan solat bagi orang yang uzur atau sakit boleh dijadikan panduan atau rujukan.

Sehubungan dengan itu, buku ini dihasilkan bagi memberi panduan dan rujukan umum kepada masyarakat khususnya bagi orang yang uzur atau sakit untuk menunaikan ibadat.

Moga-moga dengan pencerahan dan penjelasan yang disampaikan di dalam buku dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net