Judul: Kaedah-kaedah Penting Usul Fiqh Berdasarkan Manhaj Ahli Hadits | Judul Asal (‘Arab): Ringkasan buku Ushul Al-Fiqh ‘ala Manhaj Ahli Al-Hadits | Penulis/penterjemah: Prof. Madya Dr. Basri Ibrahim Al-Azhari | Tahqiq/Takhrij: - | Penerbit: Al-Hidayah Publication | Berat: 0.2kg | Muka Surat: 219 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 17cm (tinggi) x 15.3cm (lebar) x 2cm (tebal) | ISBN: 978-967-3681-03-7 |
Usul Fiqh adalah kaedah-kaedah hukum syara’, asas kepada fatwa-fatwa syara’, tumpuan ijtihad dan pengeluaran hukum serta undang-undang akal dan tarjih hukum. Usul Fiqh merupakan jalan untuk mempraktik dan mengekalkan pembukaan pintu ijtihad. Ini adalah kerana kurniaan Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak pernah terhenti, dan khazanah-Nya tidak pernah kering dan ini berlainan sekali dengan pendapat golongan yang mendakwa pintu ijtihad sudah tertutup.
Pada dasarnya ilmu Usul Fiqh dibina oleh ulama hadis dan kemudian dikembangkan oleh ulama usul. Begitu ramai sekali tokoh-tokoh yang menghasilkan karya berkaitan Usul Fiqh. Pendekatan yang digunakan juga kadang-kadang berlainan di antara ulama hadis dan ulama usul.
Walaubagaimana pun perbezaannya tidak ketara. Salah seorang tokoh yang menghasilkan karya dalam memahami Usul Fiqh yang menggunakan pendekatan ulama hadis ialah Ustaz Zakariya bin Ghulam Qadir Al-Pakistani. Buku yang berjudul Ushul Al-Fiqh ‘ala Manhaj Ahli Al-Hadits. Bentuk kaedah usul yang diketengahkan mudah difahami disertakan dengan sokongan daripada pakar Usul Fiqh dari kalangan ulama hadis. Karya beliau tersebut telah diringkaskan oleh penulis ke dalam Bahasa Melayu, bagi memudahkan kita memahami apa yang dibahaskan.
Beberapa persoalan menarik juga diperjelas di dalam buku ini iaitu berkenaan ahli hadis, fiqh dalam ertikata sebenar dan memahami keadah-kaedah penting usul fiqh. Dengan kehadiran buku ini ilmu berkenaan Usul Fiqh itu terus subur dan diminati ramai. Bukan sahaja dalam kalangan pelajar malah seluruh masyarakat Islam secara umumnya.
Semoga bermanfaat.