Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Menilai Tarikat Al-Tijaniyah Berdasarkan Al-Qur’an dan Al-Sunnah

Menilai Tarikat Al-Tijaniyah Berdasarkan Al-Qur’an dan Al-Sunnah
Terbitan: Al-Hidayah Publication (KL)
Product Code: Al-Hidayah Publication
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 22.7 x 15.3 x 1.8

ISBN: 9789674390013
Availability: Out Of Stock
Price: RM25.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Menilai Tarikat Al-Tijaniyah Berdasarkan Al-Qur’an dan Al-Sunnah | Judul Asal (‘Arab): (tidak dinyatakan oleh penterjemah) | Penulis: Asy-Syaikh Taqiy Al-Din Al-Hilali Al-Husaini, Asy-Syaikh Ibrahim Al-Qattan, Asy-Syaikh Abd. Al-Rahman bin Yusuf Al-Ifriqi | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim | Penerbit: Al-Hidayah Publication | Berat: 472g | Muka Surat: 352 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 22.7cm (tinggi) x 15.3cm (lebar) x 1.8cm (tebal) | ISBN: 978-967-4390-01-3 |


Tumpuan utama yang ditekankan di dalam ilmu tasawwuf adalah tentang pembaikan atau penyucian jiwa khasnya hati, kerana hati merupakan raja kepada bagi kerajaan tubuh badan. Sekiranya rajanya baik maka seluruh rakyat jelatanya akan baik, namun sekiranya hatinya atau rajanya rosak maka seluruh rakyat jelatanya akan mengalami kerosakan.

Persoalan utama yang menjadi tumpuan tasawwuf adalah berkenaan ihsan dan menggalakkan manusia untuk beribadah kepada Allah dengan lengkap dan sempurna. Ini akan membersihkan hati dari kerosakan dan bencana yang memusnahkan seterusnya mampu membenihkan perasaan kasih-sayang, belas kasih dan rahmat sesama makhluk. Ini kerana orang yang paling bermanfaat dalam kalangan manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain. Iaitu orang yang tidak sombong, membangga diri, menyeleweng dan tidak melakukan maksiat.

Namun yang menjadi kebimbangan dalam kalangan umat Islam ketika ini adalah penyusupan masuk para para penyusup, penyamar atau mereka yang mahu mengambil kesempatan, serta berusaha untuk memburukkan ilmu tasawwuf. Inilah sering terjadi mutakhir ini. Malah ini sebenarnya mencacatkan lagi keindahan dan kesempurnaan Islam itu sendiri.

Buku ini membawakan penilaian terhadap Tarikat Al-Tijaniyah berdasarkan Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Sebuah buku yang membongkar hakikat salah satu kelompok Tarikat yang dikatakan bertujuan menyucikan hati dan membawa manusia kepada hakikat menuju Allah, namun hakikatnya adalah penyimpangan dan bid’ah-bid’ah yang sangat berbahaya.

Semoga apa yang diketengahkan oleh penulis dan penterjemah di dalam buku ini akan mampu kita fahami dan nilai serta memberikan ilmu dan panduan yang berguna bagi kita untuk mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Sekaligus menjadi satu titik muhasabah bagi para pengamal tasawuf dan tarikat zaman ini secara khas dan umum.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net