Judul: Fatwa-Fatwa Tentang Puasa | Judul Asal (‘Arab): Fatawa Ash-Shiyam (Al-Lajnah Ad-Daimah lil Buhuts Al-‘Ilmiyyah wa Al-Ifta bi As-Su’udiyyah) | Penulis/Penyusun: Abu Abdirrahman ‘Adil bin Ahmad | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Arif Munandar Ahmad | Penerbit: Al-Qowam | Berat: 246g | Muka Surat: 238 m/s (Soft cover) | Ukuran Buku: 22.8 cm (tinggi) x 14.9 cm (lebar) x 1.2 cm (tebal) | ISBN: 978-602-8417-22-8 |
Puasa merupakan salah satu amalan yang agung dalam Islam. Allah telah menetapkan satu bulan penuh yang di dalamnya diwajibkan untuk berpuasa, yakni pada bulan Ramadhan. Puasa juga merupakan syari’at yang telah berlangsung ke atas umat-umat terdahulu dan masih terus berlangsung hingga sekarang.
Kewajiban berpuasa di bulan Ramadhan tentu telah diketahui oleh setiap muslim. Tidak ada keraguan mengenai perkara ini. Namun, pelbagai persoalan hukum yang terkait dengannya selalu muncul dan gagal difahami oleh sebahagian kaum muslimin. Misalnya seperti hukum mengkhusukan bulan Sya’ban untuk berpuasa, hukum puasa sunnah sebelum habis mengqadha puasa wajib, hukum berbekam, derma darah atau pembedahan bagi orang berpuasa, puasa dalam keadaan bekerja berat, berbuka ketika safar, dan sebagainya.
Buku Fatwa-Fatwa Tentang Puasa ini merupakan himpunan fatwa tentang puasa yang dikeluarkan oleh Lajnah Ad-Daaimah li Al-Buhuts Al-‘Ilamiyah wa Al-Ifta’ (Badan Kajian Ilmu dan Fatwa - Saudi Arabia) yang pada ketika itu diketuai oleh Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz rahimahullah.
Semoga bermanfaat.