Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Madu Asli Yaman 270gram (Madu Sumur)

Madu Asli Yaman 270gram (Madu Sumur)
Madu Asli Yaman 270gram (Madu Sumur) Madu Asli Yaman 270gram (Madu Sumur) Madu Asli Yaman 270gram (Madu Sumur)
Terbitan: Madu
Product Code: Madu
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 8.7 x 7.1 x 7

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM80.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Item: Madu Asli Yaman 270gram (Madu Sumur) | Diimport Oleh: Atsar Ent. | Packaging: Atsar Ent. | Berat kandungan: 270g (tanpa bekas) | Kandungan: 270 gram Madu Sumur Asli Yaman (Lembah Hadramaut).


Negara Yaman adalah satu negara yang di dalamnya memiliki tempat-tempat atau lembah-lembah istimewa yang begitu produktif menghasilkan madu lebah asli terbaik di peringkat dunia. Antara nama-nama madu terkenal Yaman adalah madu Sidr (madu bunga bidara), madu Summur (madu bunga summur), dan madu Mara’i.

Selain rasanya yang enak, unik, dan memberikan nikmat tersendiri bagi setiap jenisnya; Di antara ketiga-tiga jenis madu Yaman ini, Sidr menduduki tangga teratas sekaligus terbaik dunia. Ia adalah madu yang terhasil dari ramuan utama nektar bunga sidr (bidara) yang sangat kaya dengan khasiat perubatan dan daya penyembuhan alami. Madu sidr juga turut dikenal dengan madu musim sejuk (winter honey). Bagi madu Summur pula, ia menduduki tangga kedua setelah Sidr yang lebah madunya hanya mengambil sumber utama bagi madu-madunya dari nektar bunga Summur.

Manakala madu Mara’i, ia adalah madu terbaik setelah dua madu tersebut yang dihasilkan sepanjang musim. Ia bersifat polyfloral yang menggabungkan pelbagai jenis nektar bebungaan yang tumbuh di sekitar koloni lebah tersebut.

Ketiga-tiga jenis madu Yaman ini diperakui memiliki khasiat perubatan dan penyembuhan yang sangat baik bagi pelbagai penyakit serta baik pula untuk penjagaan kesihatan tubuh.

Khasiat madu Yang Jarang Diketahui

Selain untuk dikonsumsi sebagai makanan, tahukah anda bahawa madu juga memiliki sifat antiseptik atau antibiotik secara umum. Madu asli sangat bermanfaat membantu menyembuhkan luka atau kesan-kesan pembedahan dengan lebih cepat berbanding ubat-ubatan kimia. Sapukan madu pada tempat yang berkenaan untuk melihat hasilnya.

Madu juga disapukan pada kulit wajah atau bahagian tubuh bagi mencantikkan dan melicinkan kulit.

Tahukah anda bahawa semenjak berabad lamanya madu digunakan sebagai medium pengawetan makanan? Dalam kitab Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari karya Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) di bab perbahasan tentang Ath-Thibb (perubatan), beliau menjelaskan bahawa madu dapat digunakan sebagai bahan mengawet daging. Daging yang diawet dalam rendaman madu mampu bertahan (tanpa rosak atau membusuk) lebih dari tiga bulan lamanya. Kerana madu memang terbukti pada hari ini memiliki sifat anti bakteria dan kuman secara umum.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net